Memuat Turun Sabily


Telah berminat dengan Sabily? Ingin mencuba Sabily? Kamu boleh mendapatkan Sabily dengan memuat turunnya daripada laman web rasmi Sabily di http://www.sabily.org/website/index.php/en/sabily/downloads .
Jika kamu menghadapi masalah untuk memuat turun kerana capaian internet yang bermasalah, kamu boleh juga memohon DVD Sabily percuma dari blog ini, Linux Sabily Malaysia. Sokongan ini hanya saya berikan untuk suatu tempoh tertentu daripada sekarang. DVD yang akan dikirimkan kepada anda adalah Sabily versi 10.04 Manarat.
Berkemungkinan kos penghantaran perlu dibayar oleh pemohon sendiri. Kepada yang mampu memuat turun, selamat memuat turun dan kongsikanlah kepada kenalan anda tentang Sabily.

Sabily Bukan Windows

Semasa saya memperkenalkan Sabily kepada rakan-rakan, banyak soalan yang diajukan kepada saya bahawa adakah ia perisian yang akan dimasukkan kedalam Window dan kemudian digunakan didalam Windows? Walaupun seringkali saya nyatakan bahawa Sabily adalah satu sistem operasi seperti Windows. Ini membuktikan bahawa kebanyakan pengguna sistem komputer hanya tahu cuma ada satu sahaja sistem operasi iaitu Windows. Jadi mereka perlu membeli Windows dengan harga yang mahal walaupun penggunaan komputer mereka hanya untuk melayari internet dan membuat kerja-kerja pejabat yang ringkas. Jika mereka tahu atau memahami bahawa penggunaan komputer mereka tidak perlu kepada sistem operasi Windows tetapi boleh dilakukan dengan menggunakan sistem operasi percuma seperti Sabily, sudah tentu mereka sedar bahawa tidak perlu membazir wang dengan membeli sistem operasi seperti Windows.
Seorang rakan yang telah menggunakan sistem operasi Sabily pernah bertanya kenapa ianya adalah percuma, sedangkan ianya adalah lebih baik dari Windows dan dari mana mereka mendapat pembiayaan? Saya tidak mampu memberikan jawapan. Tetapi yang nyatanya ia adalah percuma. Jawapan yang dapat saya berikan adalah kamu akan dapat sendiri apabila kamu telah mengenali Sabily dan juga sistem operasi percuma yang lain seperti Ubuntu, Debian, PCLinuxOS dan sebagainya.

Share

Kenapa Menggunakan Sabily


Satu topik yang patut saya tulis adalah kenapa kita perlu menggunakan sistem operasi Sabily. Bagi pengguna komputer yang dari asalnya telah didedahkan kepada penggunaan sistem operasi Window sudah tentu agak sukar untuk mereka berubah kepada sistem operasi yang lain seperti Sabily. Salah satu sebab adalah kerana mereka tidak mengetahui kelebihan yang terdapat didalam sistem operasi lain dan yang kedua mereka menganggap sistem operasi yang lain susah digunakan.
Tetapi bagi saya tidak. Terdapat lebih banyak keistimewaan yang terdapat didalam sistem operasi yang lain terutama Sabily. Sebelum ini saya juga adalah pengguna Window dan tidak sukar untuk saya berubah kepada sistem operasi Sabily kerana ianya boleh digunakan seakan Window. Namun ia tidaklah meniru Window kerana segala sistem failnya adalah berbeza dari Window.
Apakah perbezaan yang terdapat didalam Sabily yang tiada didalam Window. Salah satunya adalah perisian-perisian untuk kegunaan umat Islam seperti Zekr iaitu software untuk membaca, mendengar, menghayati dan mengkaji Al-Quran dengan kelengkapan bacaan dari Qari-qari terbaik dunia, maksud ayat didalam berbagai bahasa dan lain-lain lagi.
Disamping itu terdapat juga perisian Minbar iaitu jadual waktu sembahyang, Monajat iaitu bacaan doa yang akan keluar di skrin mengikut masa yang kita tetapkan dan berbagai lagi yang akan saya perincikan pada artikel yang akan datang.
Satu lagi perisian yang baik dan menarik bagi saya adalah Webstrict. Dengan perisian Webstrict, kita dapat mengawal akses internet di Sabily mengikut pengaturcaraan yang kita buat. Ini penting jika kita ingin mengawal akses internet anak-anak kita yang tidak dapat kita lihat sepanjang masa. Bukanlah bermaksud anak kita akan mengakses laman web yang tidak sihat, tetapi kebanyakan laman web yang tidak sihat akan menghantar spam ke komputer-komputer yang sedang online dilaman-laman web yang lain. Kemungkinan ia akan menghantar spam ke laman web yang diakses oleh anak kita. Oleh itu jika mengaktifkan Webstrict di Sabily, kita tidak perlu risau akan spam-spam ini.
Terakhir sekali dengan menggunakan Sabily berkemungkinan kita akan dapat mengurangkan penggunaan sistem operasi Window yang dicetak rompak yang kini kian berleluasa. Perbuatan cetak rompak dan menggunakannya adalah salah disisi undang-undang. Jadi dengan sistem operasi Sabily yang percuma (tidak perlukan lesen) kita dapat menggunakan komputer dengan tenang dan selamat. Mengikut kata seorang pengasas Sabily, menggunakan sistem operasi Window yang dicetak rompak tetap menunjukkan sokongan kepada Window kerana ia menunjukkan seolah-olah cuma ada sistem operasi Window sahaja didunia ini sedangkan terdapat banyak sistem operasi lain yang percuma seperti Sabily.

Sabily - Versi Terdahulu





Sebelum Sabily Manarat dilancarkan mari kita lihat versi-versi Sabily yang pernah dilancarkan sebelum ini.

Versi yang pertama adalah Versi 7.04 dilancarkan pada 12 Julai 2007.

Versi yang kedua adalah Versi 7.10 dilancarkan pada 02 Disember 2007.

Versi yang ketiga adalah Versi 8.04 dilancarkan pada 17 Mei 2008.

Versi yang keempat adalah Versi 8.04.1 dilancarkan pada 22 Julai 2008.

Versi yang kelima adalah Versi 8.10 dilancarkan pada 19 November 2008.

Versi yang keenam adalah Versi 9.04 dengna kod nama Taiba dilancarkan pada 12 Mei 2009.

Versi yang ketujuh adalah Versi 9.10 dengan kod nama Gaza Release dilancarkan pada 27 Disember 2009.

Kini kita sedang menunggu versi yang terbaru iaitu Versi 10.04 dengan kod nama Manarat ataupun Menara didalam bahasa Malaysia.
Untuk pengetahuan, versi xx.04 bermakna xx adalah tahun dan 04 adalah bulan April. Manakala xx.10 bermakna xx adalah tahun dan 10 adalah bulan Oktober. Sebagai contoh, versi 10.04 adalah tahun 2010 pada bulan April. Ini bermakna Sabily tetap akan terdapat versi baru dua kali setahun. Cuma ianya akan cepat atau terlewat sahaja.
Sistem versi ini mengikut versi sistem operasi Ubuntu. Oleh kerana Sabily berasaskan Ubuntu, maka pelancaran versi terbarunya akan terlewat sedikit dari pelancaran versi terbaru Ubuntu.

Sabily 10.04 Manarat - Dalam Proses Terakhir


Sabily versi 10.04 Manarat akan dilancarkan tidak berapa lama lagi. Semua yang terlibat sedang bekerja keras untuk memastikan pelancarannya mendapat sambutan yang baik daripada para pengguna Sabily yang sedia ada. Ia juga mengharapkan supaya ramai pengguna window yang beragama Islam akan memberi sokongan dan bertukar kepada Sabily.
Perkembangan terkini yang saya terima daripada emel menunjukkan mereka didalam proses menyiapkan gambar GRUB dan melengkapkan beberapa perisian islamik untuk dimuatkan kedalam Sabily Manarat nanti. Saiz untuk versi yang baru ini juga cuba dikecilkan dengan membuang kebanyakan perisian yang tidak atau jarang digunakan daripada Sabily. Ini akan memudahkan pengguna memuat turun Sabily terutama di kawasan yang perlahan atau selalu mengalami gangguan talian internet. Kita tunggu kemunculan Sabily 10.04 tidak lama lagi.