Sabily 10.10 Al-Quds Beta - Gambar Baru GRUB

Setelah mengemaskini Sabily Al-Quds Beta melalui Update Manager, saya telah mendapat gambar GRUB yang terbaru. Ikon untuk Sabily di panel Applications juga telah ditukar. Contoh gambar boleh lihat dibawah.

Gambar GRUB yang baru

Ikon Sabily telah ditukar.

Share

Dual Boot - Memadam OS Lain Selepas Memasang Sabily

Menjawab kepada soalan Saudara Iawaho di chatbox, bagaimana nak padamkan OS lain lepas buat dual boot dengan Sabily. Kita mesti memastikan bahagian cakera keras yang mana telah dipasangkan OS yang lain itu. Pada kebiasaannya Sabily atau lain-lain distro akan menggunakan format ext3 ataupun yang terbaru ext4 dan OS lain sebagai contoh Windows akan menggunakan format FAT32 ataupun NTFS. Jadi untuk masalah Saudara Iawaho, dapat dipastikan bahawa sudah tentu OS Windows di komputernya akan menggunakan format FAT32 ataupun NTFS.
Setelah log ke Sabily, OS lain yang telah dipasangkan sebelumnya boleh dipadam dengan menggunakan applikasi GParted Partition Editor. Ikut langkah-langkah yang ditunjukkan dibawah.

1. Dapatkan GParted  Partition Editor di System/Administration.
 2. Pilih Cakera Keras dan pastikan bahagian yang mana letaknya OS yang hendak dipadam.
 3. Pergi ke Menu Partition, pilih samada mahu delete ataupun format.

Semoga informasi ini dapat membantu Saudara Iawaho dan pengunjung yang lain.
Share

Sabily 10.10 Al-Quds video

Setelah mencuba Sabily 10.10 Al-Quds, kini saya cuba memasangnya ke cakera keras dengan menggunakan DVD Upaya. Semasa masuk ke Sabily saya tertarik dengan kesan grafik di logo Sabily. Ianya tidak dapat dilihat semasa pemasangan di Virtualbox. Anda boleh melihat videonya di Youtube dibawah siaran saya. Klik sini.

Gambar semasa masuk ke Sabily.

Sama-sama kita tunggu versi penuh Sabily 10.10 Al-Quds nanti.

Share

Broadband di Sabily 10.10 Al-Quds

     Agak mudah untuk memasang broadband di Sabily 10.10 Al-Quds berbanding versi yang sebelum ini. Pengaturan broadband yang telah tersedia cuma memerlukan beberapa maklumat untuk diisi, kemudian kita sudah boleh melayari Internet tanpa masalah. Gambar dibawah menunjukkan bagaimana saya mengatur talian broadband di Sabily 10.10 Al-Quds.








Jangan lupa mendapatkan Sabily Al-Quds nanti.

Share

Ubuntu ?, Sabily ?, Islam ?

     Pernah saya bertanya kepada seorang rakan yang menggunakan Sabily samada dia mempunyai rakan-rakan yang lain untuk membantu dalam pembangunan Sabily di Malaysia. Jawapan yang diberikan adalah " mereka tidak berminat dan menyatakan Sabily adalah sama dengan Ubuntu, cuma diolah untuk dijadikan Sabily". Jawapan yang agak mengecewakan jika yang memberikan jawapan itu adalah orang Islam kerana mereka tidak faham kenapa dan apa tujuan Sabily itu dibangunkan.
      Jika mereka faham tentang konsep sumber terbuka, pasti mereka akan menerima Sabily. Bukan Sabily sahaja yang menggunakan enjin Ubuntu, namun banyak lagi distro yang lain berasaskan Ubuntu dan ia diterima baik mengikut sebab ia dibangunkan. Boleh dikatakan setiap negeri akan dibangunkan distronya sendiri oleh mereka yang prihatin dan ia mendapat sambutan yang amat baik.
Gambar Hiasan
    Berbalik kepada Sabily, sebagai umat Islam saya amat berbangga dengan kehadirannya kerana ia ada ciri-ciri Islamik dan mengambil kira penggunaan komputer untuk umat Islam. Lalu perisian-perisian Islamik dibangunkan seperti Zekr, Minbar, Monajat, Nanny dan lain-lain lagi. Ia juga telah mewujudkan satu komuniti Islam yang disertai oleh umat Islam dari seluruh dunia. Ini mewujudkan ukhwah antara umat Islam walaupun berlainan negara, bangsa, bahasa dan budaya.
      Menyokong pembangunan Sabily pada pendapat saya lebih kepada kerana mencintai Islam dan Sabily adalah satu hab yang sangat penting untuk Islam dizaman teknologi dan maklumat kini. Lihat sahaja penggunaan Windows. Dari kanak-kanak sehingga ke orang dewasa semua mengenalinya. Namun ada dikalangan pemprogram-pemprogram Islam yang prihatin dan menyedari bahawa penggunaannya adalah kosong dari segi agama. Tidak dinafikan terdapat juga perisian-perisian Islamik untuk Windows, tetapi bukankah lebih baik jika sistem operasi itu sendiri Islamik yang direka dengan mengambil kira keperluan kepada umat Islam agar tidak leka dan terpedaya oleh golongan tertentu untuk kepentingan mereka dari segi penggunaan komputer.
      Tentang pengguna Ubuntu pula, memang Sabily itu diolah dari Ubuntu, namun seperti yang saya katakan tadi, semuanya kerana Islam. Adakah pengguna Ubuntu yang bukan beragama Islam akan menyokong pembangunan sistem operasi Islamik seperti Sabily atau sepatutnya pengguna Ubuntu yang beragama Islam sendiri yang patut menyokong pembangunan Sabily? Jika pengguna Ubuntu itu beragama Islam sudah pasti dia tidak mempunyai masalah untuk bertukar kepada Sabily kerana ianya sama dari segi fungsi.
      Kepada pemprogram-pemprogram Islam seharusnya dia menggunakan kepakarannya untuk pembangunan agama Islam supaya mendapat keberkatan dari ilmu yang dimilikinya. Apakah ada cara lain lagi untuk kita didalam bidang komputer ini menyumbang kepada pembangunan Islam?

Share

Sabily 10.10 Al-Quds Beta - Ujian Didalam Virtualbox

Cara mudah untuk menguji setiap distro yang dilancarkan adalah dengan menggunakan mesin maya. Tidak kira kita menggunakan sistem operasi Linux, Windows ataupun Mac OS X. Saya telah menguji pemasangan Sabily 10.10 Al-Quds dengan menggunakan mesin maya Virtualbox. Pemasangan berjalan dengan lancar walaupun kedudukan tetikus berada dalam aturan sebelah kiri. Namun ia bertukar ke sebelah kanan apabila pemasangan selesai selepas komputer dihidupkan semula. Di bawah adalah beberapa gambar yang diambil ketika pemasangan Sabily 10.10 Al-Quds dilakukan.

1. Membaca fail pemasangan.
 2. Memastikan pemasangan rangkaian untuk memudahkan pemasangan Sabily.
 3. Pemasangan bermula. Pilihan untuk mencuba atau memasang.
 4. Proses pemasangan.
 5. Proses pemasangan.
 6. Proses pemasangan.
 7. Proses pemasangan.
 8. Proses pemasangan.
 9. Proses pemasangan.
 10. Proses pemasangan.
 11. Proses pemasangan.
 12. Pemasangan selesai. Hidupkan semula komputer.
 13. Sabily di tetapan paparan. Senarai perisian Islamik di dalam Sabily.
 14. Perisian Nanny Parental Control untuk mengawal penggunaan dan akses Internet.
Jadi jika anda berpeluang, diharap dapat  mencuba versi Beta ini dan melaporkan jika ada terdapat masalah kepada team Sabily di launchpad atau kongsi di Facebook Sabily, insya'Allah...

Share

Sabily 10.10 Al-Quds Versi Beta Dilancarkan

Saudara JMehdi telah mengumumkan pelanjaran Sabily 10.10 Al-Quds versi beta petang tadi. Jadi kepada yang ingin mencuba boleh memuat turun dipautan dibawah. Jika didapati ada masalah atau mempunyai idea baru untuk ditambah, boleh emel kepada saya di meorbu@hotmail.com atau yang telah menjadi ahli Sabily boleh emel kepada Sabily team.

Download disini,
http://88.191.122.107/Sabily/10.10/beta/sabily-10.10-desktop-i386-beta.iso
http://content.wuala.com/contents/jmehdi/DVD%20ISO%20files/10.10/beta/sabily-10.10-desktop-i386-beta.iso?dl=1
Selamat mencuba.
File Sabily beta di Wuala.

Share

Virtual Machine, Wubi atau Dual Boot

     Masih ramai pengguna sistem operasi Windows yang agak keberatan dan risau untuk bertukar kepada sistem operasi terbuka seperti Sabily, Ubuntu dan lain-lain lagi. Walaupun begitu mereka agak teruja untuk mencubanya jika boleh tanpa membuang sistem operasi Windows yang mereka gunakan. Ini mungkin kerana mereka mendengar cerita tentang kelebihan sistem operasi terbuka ini melalui rakan-rakan, pembacaan dan iklan-iklan di Internet. Oleh itu, artikel ini akan membincangkan tentang penggunaan Sabily yang dipasang bersama-sama dengan sistem operasi Windows didalam satu komputer.
     Terdapat tiga pilihan untuk pengguna memasang Sabily ke komputer mereka tanpa membuang atau mengganggu sistem operasi Windows yang telah sedia ada. Tiga pilihan yang utama itu ialah, satu, menggunakan mesin maya seperti Virtualbox, Vmware dan sebagainya. Kedua dengan menggunakan Wubi yang tersedia bersama dengan fail pemasangan Sabily didalam DVD dan ketiga dengan menggunakan cara boot dua (dual boot) ataupun boot berbagai (multi boot).

1) Mesin maya.
      Mesin maya yang popular adalah Virtualbox dan ianya yang sering saya gunakan untuk menguji pemasangan sistem terbuka-sistem terbuka yang baru seperti Sabily, Ubuntu dan lain-lain. Penggunaan Virtualbox adalah lebih mudah dan selamat kerana ianya adalah sama seperti perisian yang lain dimana ia perlu dipasang kedalam sistem operasi Windows kemudian Sabily dijalankan didalamnya.

2) Wubi.
      Wubi bermaksud "Windows Ubuntu Installer". Dari namanya dapat dibayangkan ianya perisian untuk memasang Ubuntu/Sabily ke Windows. Namun ianya tidaklah seperti mesin maya kerana ia tetap mengasingkan pemasangan Sabily dari Windows kebahagian yang lain. Kita akan diminta memilih samada mahu masuk ke Windows atau Sabily. Jadi ianya adalah sama seperti boot dua (dual boot) cuma ianya boleh dinyah pasangkan dari sistem komputer melalui sistem operasi Windows.

3) Boot dua (Dual Boot).
      Boot dua adalah memasang Sabily disamping Windows didalam satu bahagian atau lebih. Kita akan diminta untuk memilih samada mahu masuk ke Sabily atau Windows. Pilihan utama yang diberikan adalah Sabily, berbeza dengan Wubi, pilihan utama adalah Windows. Boot dua tidak memberi pilihan untuk nyah pasang Sabily melalui Windows. Pilihan yang ada cuma memadam atau membuang bahagian yang dipasang Sabily. Sememangnya boot dua agak membahaya untuk pengguna komputer yang biasa. Jika hendak membuat boot dua haruslah mendapat bimbingan daripada pengguna yang berpengalaman.
     Artikel ini hanya membincangkan tentang pilihan yang ada untuk pengguna komputer yang ingin mencuba Sabily tanpa mengganggu sistem operasi yang sedia ada. Kita akan membincangkan dengan lebih terperinci tentang pilihan-pilihan itu dimasa yang akan datang.

Share

Tarikh Pelancaran Sabily 10.10 Al-Quds

Informasi yang diterima daripada Saudara Mehdi menyatakan bahawa Sabily 10.10 Al-Quds akan dilancarkan pada 1hb November 2010. Mereka juga telah menyediakan tema untuk kaunter pengiraan agar dapat diletakkan dilaman-laman web yang ingin membantu dalam penyebaran maklumat tentang Sabily. Sama-sama kita berdoa agar Sabily berjaya dilancarkan pada tarikh yang dirancangkan, Insya'Allah. Kod untuk tema-tema kaunter pengiraan boleh disalin dibawah.

Tema 1 - code =  http://88.191.122.107/Sabily.Countdown/Countdown.aspx?release=10.10&theme=1
Tema 2 - code = http://88.191.122.107/Sabily.Countdown/Countdown.aspx?release=10.10&theme=2
 Tema 3 - code = http://88.191.122.107/Sabily.Countdown/Countdown.aspx?release=10.10&theme=3
 Tema 4 - code = http://88.191.122.107/Sabily.Countdown/Countdown.aspx?release=10.10&theme=4

Diharap semoga anda dapat meletakkan tema-tema ini dilaman anda dengan tujuan untuk memperkenalkan Sabily kepada ummah di Malaysia.

Share

Logo Baru Sabily

Logo dan jenama Sabily yang baru telah dilancarkan dan akan digunakan pada keluaran Al-Quds yang akan datang. Namun begitu pengguna Sabily sudah boleh menggunakannya untuk tujuan pengiklanan ,penyebaran dan sebagainya. Logo terbaru ini agak berlainan sedikit daripada logo Ubuntu yang mana ia mengandungi lima titik diluar bulatan yang bermaksud "Lima Rukun Islam". Jadi kita dapat memisahkan sedikit persamaan dengan logo Ubuntu yang bermaksud "tiga persahabatan". Marilah kita menyebarkan penggunaan logo terbaru Sabily ini sementara menunggu keluaran versi terbaru Sabily 10.10 Al-Quds.

Logo baru Sabily

Jenama baru Sabily


Share