Berkongsi Fail Sabily di Rangkaian Bersama Windows


Jika kita menggunakan Sabily, kita masih boleh berkongsi maklumat di atas rangkaian bersama-sama dengan komputer yang menggunakan sistem operasi Windows. Jadi tidaklah menjadi masalah jika kita menggunakan Sabily disesuatu rangkaian sedangkan rangkaian itu didominasi oleh sistem operasi Windows. Untuk itu, kita perlu memasang aplikasi "Windows network sharing service".
Cara-caranya adalah seperti yang ditunjukkan berikut,

01. Klik butang kanan tetikus di folder yang hendak dikongsikan di rangkaian. Oleh kerana perkongsian belum pernah dibuat, kita perlu memasang aplikasi "Windows networks sharing service". Klik butang "Install service".
02. Aplikasi akan dimuatturun. Pastikan talian Internet dalam keadaan baik.
03. Setelah dimuatturun, aplikasi akan dipasang secara automatik.
04. Setelah selesai, tutup tetingkap "Changes applied".
05. Klik butang "Restart session" untuk membolehkan perkongsian.
06. Folder sudah boleh dikongsikan.
07. Icon menunjukkan folder telah dikongsikan.
Sekarang kita boleh membuka folder yang dikongsikan ini di komputer yang menggunakan sistem operasi Windows di "Network Place/..".

Share

Gambar terbaru Sabily Al-Quds 10.10

Cuma ingin berkongsi gambar terbaru Sabily Al-Quds 10.10. Boleh copy dan simpan jika berminat.


Seronok menggunakan Sabily...

Share

Majalah Edaran Sabily

     Sabily Promotion Team dari Malaysia mengambil inisiatif untuk meluaskan penggunaan sistem operasi Sabily dengan membuat keputusan untuk menerbitkan majalah "Edaran Sabily" yang akan menceritakan tentang Sabily dan beberapa isu lain yang berkaitan dengan sumber terbuka seperti Edaran Linux, perisian, memprogram, tip, soal jawab dan lain-lain lagi. Ianya akan diterbitkan dalam bahasa Malaysia dan kemungkinan akan dialih ke bahasa Inggeris untuk bacaan ahli komuniti Sabily yang lain. Majalah ini nanti boleh dimuat turun dari laman Sabily Malaysia. Versi cetakan juga akan dikeluarkan jika ada permintaan dari pembaca yang mana mereka tidak berpeluang untuk menggunakan Sabily.
     Oleh itu mereka sedang mencari sukarela-sukarela dari Malaysia untuk menjadi penulis dan pereka grafik untuk artikel-artikel di majalah "Edaran Sabily" itu nanti. Jadi kepada sesiapa yang berkebolehan dan berminat boleh menghantarkan permohonan ke edaransabily@gmail.com dengan memberitahu bidang yang diminati.
     Apa ditunggu lagi?

Ini adalah contoh muka depan majalah Edaran Sabily.

Tunggukan kehadirannya nanti..

Share

Ikon dan Tema Baru Sabily

Team Sabily telah menyertakan pautan pada mailing list mereka kepada tema baru (tidak rasmi) untuk Sabily yang dinamakan faiz icon theme. Memandangkan sehingga kini pihak Sabily tidak mengeluarkan ikon baru, amatlah bersesuaian jika anda ingin menggantikan ikon dan tema yang sedia ada.



screenshot oleh meorbu



Wisabi 10.10 : Wubi untuk Sabily

Sabily secara rasminya telah mengumumkan bahawa keluaran Wisabi (Windows Sabily Installer - Pemasang Sabily untuk Windows) baru-baru ini pada laman web rasmi mereka. Ianya merupakan satu alternatif kepada pengguna yang tidak mahu untuk memasangnya secara dwi boot, tetapi memilih untuk memasangnya kedalam Windows, sama sahaja seperti program yang lain! Ianya mudah untuk digunakan terutamanya kepada sesiapa yang baru sahaja ingin mencuba sendiri Sabily
.
Pada asasnya, terdapat 3 pilihan muat turun;

  1. Versi Ringan
  2. Versi Penuh
  3. Versi Ultimate
Sebarang masalah boleh diajukan pada halaman Sabily disini.


01. Jalankan perisian Wisabi, masukkan kata laluan anda dan klik "Install"



02. Penyalinan fail bermula.



03. Klik "finish" untuk reboot komputer anda dan menyempurnakan Wizard Pemasangan Sabily. Selepas reboot, proses pemasangan Sabily akan bermula sebagaimana proses pemasangan secara normal.



04. Anda boleh menyahpasang Sabily seperti program lain dalam Windows.



Screenshot oleh Meorbu


Selamat Mencuba!



Dapatkan Ebook Panduan Ubuntu Percuma

Assalamualaikum WBT. Pertama sekali, ingin saya ucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Meorbu kerana memberi peluang kepada saya untuk menulis dalam blog ini. Maaf kerana membuatkan anda semua tertunggu-tunggu kerana saya agak sibuk kebelakangan ini, terutamanya selepas peperiksaan SPM. OK lah, korang pun bukanlah nak baca bebelan aku ni, jom kita pakat muat turun ebook Beginning Ubuntu Linux, yang dikeluarkan pada tahun 2010 (Terima kasih Tips-Linux)


Beginning Ubuntu Linux, cetakan kelima mengupas tentang bagaimana memanfaatkan keluaran Ubuntu Lucid Lynx. Berdasarkan edisi sebelumnya yang laris terjual dipasaran, Emilio Raggi mengekalkan keseimbangan yang baik antara panduan dan tunjuk ajar berkenaan Ubuntu sambil memperkenalkan ciri baru. Sama ada anda bertujuan untuk menggunakannya di rumah atau di pejabat, anda akan diperkenalkan ke dunia Ubuntu Linux, dari menggunakan aplikasi pemprosesan dokumen hinggalah menggunakan perkhidmatan Cloud. Anda akan belajar bagaimana mengawal sistem Ubuntu yang baru sahaja dipasang dari DVD sambil anda akan diberi panduan untuk menjalankan tugas-tugas umum seperti menkonfigurasi sistem GUI, mendengar CD audio dan muzik MP3, menghasilkan dokumen, menggunakan VOIP dan chatting, dan tentu saja penyelenggaraan sistem.

Buku ini juga membekalkan beberapa siri tutorial yang komprehensif tentang pentadbiran Ubuntu linux dan faktor keselamatan yang penting bagi setiap pengguna Ubuntu sementara tidak mengabaikan perkara yang berkaitan dengan aplikasi pemprosesan dokumen dan juga perkomputeran Cloud.

Ubuntu Lucid Lynx adalah keluaran LTS (Long-Term Support), dan juga Sabily berasaskan sistem operasi ini, bagi saya ia amat berguna, terutamanya kepada mereka yang baru hendak berjinak-jinak dengan dunia sumber terbuka ini.