Penulis


Salam Sejahtera, saya meorBu. Pentadbir dan penulis  blog ini, sabilyblogsphere Komuniti Malaysia. Saya membina blog ini sebagai sokongan untuk pembangun dan pengguna sistem operasi Sabily. Secara tidak langsung juga untuk mempromosikannya.


Sebenarnya saya bukanlah Software Engineer ataupun Designer tapi dari masa ke semasa saya belajar dan mudah-mudahan akan kearah itu.


Menulis blog ini adalah untuk mempromosikan sistem operasi Sabily di Malaysia dan pada masa yang sama, mengisi masa lapang saya di rumah. Oleh itu saya dapat meluangkan masa saya bersama dengan keluarga kerana mereka selalu dekat dengan saya.


Saya berharap Sabily dapat diluaskan penggunaannya di dunia ini khususnya di Malaysia. Ianya adalah sistem operasi yang sangat baik jika anda dalam konteks ingin mengawal atau memantau penggunaan komputer di rumah anda mahupun pejabat. Pengkomputeran yang bersih dan selamat. Dilengkapi dengan tema-tema dan perisian Islamik.


Jadi, jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau berminat dengan sistem operasi Sabily atau sistem operasi linux yang lain, anda boleh bertanya kepada saya di blog ini. Insya'Allah saya akan cuba menjawab soalan anda. Jika saya tidak tahu jawapannya, saya akan membantu anda untuk mencarinya. Insya'Allah.


Anda juga boleh menghubungi saya di alamat emel,
meorbu@hotmail.com
sabilyblogsphere@gmail.com
meorbu@sabily.org
meorbu@sabily.my


Wasalam.


meorbu - Admin Komuniti Sabily Malaysia

Share

4 comments:

  1. Assalamualaikum wbt

    Tahniah diucapkan atas usaha saudara untuk mengembangkan sabily terutamanya di Malaysia..

    Moga berada dalam rahmat dan lindungan Allah swt

    ReplyDelete
  2. Waalaikomsalam...
    Alhamdulillah, terima kasih.
    Cuma penggunaan Sabily masih kurang. Mungkin masih ramai yang takut untuk beralih dari sistem operasi Windows. Semoga dimasa hadapan Sabily akan menjadi pilihan bagi generasi baru. Yang penting sekali ianya sistem operasi yang Islamik.
    Bersama-samalah kita mempromosikannya, Insya'Allah...

    ReplyDelete
  3. selamat berjuang.... dan sabily sebagai media dakwah untuk izzul Islam...

    ReplyDelete