Wallpaper Al-Quds Terjemahan Bahasa Malaysia

Alhamdulillah, saya telah menukar wallpaper Al-Quds dari terjemahan bahasa Inggeris ke bahasa Malaysia. Kepada yang berminat bolehlah memuat turun.

Wallpaper Baru Untuk Sabily

Saya telah mengolah dua wallpaper baru untuk Sabily dan telah membuat pautan untuk muat turun di laman http://linuxsabily.blogspot.com. Jika berminat boleh memuat turun dari sana dengan mengetik pada gambar wallpaper. Dibawah adalah contoh gambarnya.


Share

Majalah Edaran Sabily Isu 001 dilancarkan.

Majalah Edaran Sabily isu yang pertama telah dilancarkan semalam. Kepada yang setia dan bersabar menunggukan kehadirannya diucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Alhamdulillah dan syukur kepada Allah kerana telah memberi kelapangan waktu untuk saya mengolahnya.
Blog khas untuk majalah Edaran Sabily  telah diwujudkan untuk kemudahan kepada penulis-penulis memberi komen atau pendapat tentangnya.
Kepada yang berminat boleh memuat turunnya dari laman blog http://edaransabily.blogspot.com . Anda adalah dibenarkan untuk mengedarkan semula majalah Edaran Sabily didalam bentuk salinan perisian dimana-mana laman web atau blog. Kepada yang berminat untuk mengeluarkan versi cetakan boleh menyatakan hasrat dengan menghantar emel ke edaransabily@gmail.com .


Share

Berkongsi Fail Sabily di Rangkaian Bersama Windows


Jika kita menggunakan Sabily, kita masih boleh berkongsi maklumat di atas rangkaian bersama-sama dengan komputer yang menggunakan sistem operasi Windows. Jadi tidaklah menjadi masalah jika kita menggunakan Sabily disesuatu rangkaian sedangkan rangkaian itu didominasi oleh sistem operasi Windows. Untuk itu, kita perlu memasang aplikasi "Windows network sharing service".
Cara-caranya adalah seperti yang ditunjukkan berikut,

01. Klik butang kanan tetikus di folder yang hendak dikongsikan di rangkaian. Oleh kerana perkongsian belum pernah dibuat, kita perlu memasang aplikasi "Windows networks sharing service". Klik butang "Install service".
02. Aplikasi akan dimuatturun. Pastikan talian Internet dalam keadaan baik.
03. Setelah dimuatturun, aplikasi akan dipasang secara automatik.
04. Setelah selesai, tutup tetingkap "Changes applied".
05. Klik butang "Restart session" untuk membolehkan perkongsian.
06. Folder sudah boleh dikongsikan.
07. Icon menunjukkan folder telah dikongsikan.
Sekarang kita boleh membuka folder yang dikongsikan ini di komputer yang menggunakan sistem operasi Windows di "Network Place/..".

Share

Gambar terbaru Sabily Al-Quds 10.10

Cuma ingin berkongsi gambar terbaru Sabily Al-Quds 10.10. Boleh copy dan simpan jika berminat.


Seronok menggunakan Sabily...

Share

Majalah Edaran Sabily

     Sabily Promotion Team dari Malaysia mengambil inisiatif untuk meluaskan penggunaan sistem operasi Sabily dengan membuat keputusan untuk menerbitkan majalah "Edaran Sabily" yang akan menceritakan tentang Sabily dan beberapa isu lain yang berkaitan dengan sumber terbuka seperti Edaran Linux, perisian, memprogram, tip, soal jawab dan lain-lain lagi. Ianya akan diterbitkan dalam bahasa Malaysia dan kemungkinan akan dialih ke bahasa Inggeris untuk bacaan ahli komuniti Sabily yang lain. Majalah ini nanti boleh dimuat turun dari laman Sabily Malaysia. Versi cetakan juga akan dikeluarkan jika ada permintaan dari pembaca yang mana mereka tidak berpeluang untuk menggunakan Sabily.
     Oleh itu mereka sedang mencari sukarela-sukarela dari Malaysia untuk menjadi penulis dan pereka grafik untuk artikel-artikel di majalah "Edaran Sabily" itu nanti. Jadi kepada sesiapa yang berkebolehan dan berminat boleh menghantarkan permohonan ke edaransabily@gmail.com dengan memberitahu bidang yang diminati.
     Apa ditunggu lagi?

Ini adalah contoh muka depan majalah Edaran Sabily.

Tunggukan kehadirannya nanti..

Share

Ikon dan Tema Baru Sabily

Team Sabily telah menyertakan pautan pada mailing list mereka kepada tema baru (tidak rasmi) untuk Sabily yang dinamakan faiz icon theme. Memandangkan sehingga kini pihak Sabily tidak mengeluarkan ikon baru, amatlah bersesuaian jika anda ingin menggantikan ikon dan tema yang sedia ada.



screenshot oleh meorbu



Wisabi 10.10 : Wubi untuk Sabily

Sabily secara rasminya telah mengumumkan bahawa keluaran Wisabi (Windows Sabily Installer - Pemasang Sabily untuk Windows) baru-baru ini pada laman web rasmi mereka. Ianya merupakan satu alternatif kepada pengguna yang tidak mahu untuk memasangnya secara dwi boot, tetapi memilih untuk memasangnya kedalam Windows, sama sahaja seperti program yang lain! Ianya mudah untuk digunakan terutamanya kepada sesiapa yang baru sahaja ingin mencuba sendiri Sabily
.
Pada asasnya, terdapat 3 pilihan muat turun;

  1. Versi Ringan
  2. Versi Penuh
  3. Versi Ultimate
Sebarang masalah boleh diajukan pada halaman Sabily disini.


01. Jalankan perisian Wisabi, masukkan kata laluan anda dan klik "Install"



02. Penyalinan fail bermula.



03. Klik "finish" untuk reboot komputer anda dan menyempurnakan Wizard Pemasangan Sabily. Selepas reboot, proses pemasangan Sabily akan bermula sebagaimana proses pemasangan secara normal.



04. Anda boleh menyahpasang Sabily seperti program lain dalam Windows.



Screenshot oleh Meorbu


Selamat Mencuba!



Dapatkan Ebook Panduan Ubuntu Percuma

Assalamualaikum WBT. Pertama sekali, ingin saya ucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Meorbu kerana memberi peluang kepada saya untuk menulis dalam blog ini. Maaf kerana membuatkan anda semua tertunggu-tunggu kerana saya agak sibuk kebelakangan ini, terutamanya selepas peperiksaan SPM. OK lah, korang pun bukanlah nak baca bebelan aku ni, jom kita pakat muat turun ebook Beginning Ubuntu Linux, yang dikeluarkan pada tahun 2010 (Terima kasih Tips-Linux)


Beginning Ubuntu Linux, cetakan kelima mengupas tentang bagaimana memanfaatkan keluaran Ubuntu Lucid Lynx. Berdasarkan edisi sebelumnya yang laris terjual dipasaran, Emilio Raggi mengekalkan keseimbangan yang baik antara panduan dan tunjuk ajar berkenaan Ubuntu sambil memperkenalkan ciri baru. Sama ada anda bertujuan untuk menggunakannya di rumah atau di pejabat, anda akan diperkenalkan ke dunia Ubuntu Linux, dari menggunakan aplikasi pemprosesan dokumen hinggalah menggunakan perkhidmatan Cloud. Anda akan belajar bagaimana mengawal sistem Ubuntu yang baru sahaja dipasang dari DVD sambil anda akan diberi panduan untuk menjalankan tugas-tugas umum seperti menkonfigurasi sistem GUI, mendengar CD audio dan muzik MP3, menghasilkan dokumen, menggunakan VOIP dan chatting, dan tentu saja penyelenggaraan sistem.

Buku ini juga membekalkan beberapa siri tutorial yang komprehensif tentang pentadbiran Ubuntu linux dan faktor keselamatan yang penting bagi setiap pengguna Ubuntu sementara tidak mengabaikan perkara yang berkaitan dengan aplikasi pemprosesan dokumen dan juga perkomputeran Cloud.

Ubuntu Lucid Lynx adalah keluaran LTS (Long-Term Support), dan juga Sabily berasaskan sistem operasi ini, bagi saya ia amat berguna, terutamanya kepada mereka yang baru hendak berjinak-jinak dengan dunia sumber terbuka ini.


Sabily Sharing Service

      Kumpulan Sabily telah mengumumkan servis terbaru mereka yang digelar Sabily Sharing Service. Anda boleh melihatnya di http://share.sabily.org . Disana anda boleh berkongsikan fail peribadi sehingga ke 100MB dengan kenalan dan ianya akan mengimbas virus secara automatik.
      Pada masa akan datang mereka akan menaik taraf servis ini untuk menghoskan fail dengan perbandingan dan komen, kelebihan, enjin carian, kawalan ( contoh : tidak membenarkan gambar-gambar haram ) dan lain-lain lagi.
     Jadi jika hendak berkongsi fail dengan rakan-rakan ditempat yang selamat dan baik isi-isinya, anda patut menggunakan Sabily Sharing Service.

Disini disertakan beberapa gambar di Sabily Sharing Service.

Mari kita berkongsi data bersama kawan-kawan di http://share.sabily.org.
Share

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha. Terima kasih atas sokongan anda kepada Linux Sabily Malaysia. Semoga segala pengorbanan kita mendapat kerahmatan daripada Allah.


Share

Laman Web Rasmi Baru Sabily

     Tahniah kepada semua ahli Sabily untuk laman web rasmi baru mereka yang telah dilancarkan beberapa hari yang lalu. Tampilan baru yang moden dan cantik. Anda boleh mengaksesnya di http://sabily.org.
Disini ada beberapa gambar dan sedikit penerangan tentang laman web tersebut.
 
01. HOME
Ini adalah laman utama. Segala informasi terkini tentang Sabily akan dipaparkan disini.
02. SABILY - Everything you need
Disini terdapat link ke laman Installation, Content, Screenshots dan Downloads.
03. COMMUNITY - Get Involved
Disini terdapat link ke laman Forum, Spread Sabily, Launchpad, Chat with us, Contact us dan Guestbook.
04. BLOG
Ini adalah laman yang baru dan masih dalam pembikinan.
05. ON THE WEB
Disini diletakkan laman-laman web yang menceritakan tentang Sabily di laman mereka.
06. ISLAM
Ini juga adalah laman yang baru diwujudkan memperkatakan tentang Islam memandangkan Sabily adalah sistem operasi Islamik. Disini terdapat link ke laman Hijri Date Converter, Holy Quran dan Hadith Of The Day.
 
     Laman web Sabily terdapat dalam berbagai bahasa yang diolah oleh team Sabily sendiri. Namun untuk bahasa Malaysia masih tidak cukup sukarela yang sudi menampilkan diri untuk mengolahnya. Mungkin dimasa akan datang akan ada sukarela dari Malaysia untuk mengolahkan laman web Sabily ke Bahasa Malaysia.

Share

Meningkatkan Sabily 10.04 Manarat ke Sabily 10.10 Al-Quds

     Terfikir untuk meningkatkan versi Sabily 10.04 Manarat ke Sabily 10.10 Al-Quds? Sepatutnya perkara ini yang patut diutamakan oleh pemprogram-pemprogram Sabily sebagai tanda penghargaan kepada pengguna-pengguna Sabily yang sedia ada. Ini kerana sudah tentu mereka tidak mahu melakukan pemasangan baru untuk setiap versi yang dilancarkan. Tema-tema yang telah mereka aturkan terpaksa diatur semula jika pemasangan baru dilakukan. Data-data yang tersimpan dibahagian pemasangan Sabily juga berisiko untuk hilang atau terpadam jika pemasangan baru dilakukan.
    Saya telah melakukan percubaan untuk meningkatkan Sabily Manarat ke Sabily Al-Quds dengan mengikut beberapa prosedur dan ianya telah berjaya namun tidak semua perisian Islamik dapat terpasang didalamnya. Proses peninkatannya juga mengambil masa yang terlalu lama. Jadi jika kamu membuat keputusan untuk meningkatkan Sabily kamu, boleh mengikut cara yang saya tunjukkan dibawah.
   Lakukan proses ini dengan segala risiko yang mungkin berlaku adalah dibawah tanggungan sendiri. Ini adalah kerana perbezaan komponen komputer diantara kita. Bagaimanapun kamu boleh menggunakan prosedur ini sebagai panduan.

01. Buka Update Manager kemudian tekan Upgrade.
02. Release Notes terpapar, klik Upgrade.
03. Memuat turun upgrade tool.
04. Persediaan untuk Upgrade bermula.
 05. Tekan Start Upgrade.
06. Proses peningkatan bermula. Tunggu beberapa informasi.
07. Upgrade completed. Tutup window.
08. Restart kembali sessi anda.
09. Buka Update Manager untuk mendapatkan kemaskini perisian Sabily yang baru.
 10. Jika tiada kemas kini,  di Update Manager pergi ke Setting/Other Software, tanda semua Sabily repository.
 11. Proses memuat turun bermula.
12. Peningkatan telah berjaya. Kamu perlu menukar kertas dinding secara manual di /lib/plymouth/themes/sabily.

    Untuk lebih kepuasan, biasanya saya akan membuat pemasangan baru dan tidak melakukan proses peningkatan. Ini kerana proses peningkatan mengambil masa yang terlalu lama terutama ketika meningkatkan Sabily ke Ubuntu.

Share