Sabily Sharing Service

      Kumpulan Sabily telah mengumumkan servis terbaru mereka yang digelar Sabily Sharing Service. Anda boleh melihatnya di http://share.sabily.org . Disana anda boleh berkongsikan fail peribadi sehingga ke 100MB dengan kenalan dan ianya akan mengimbas virus secara automatik.
      Pada masa akan datang mereka akan menaik taraf servis ini untuk menghoskan fail dengan perbandingan dan komen, kelebihan, enjin carian, kawalan ( contoh : tidak membenarkan gambar-gambar haram ) dan lain-lain lagi.
     Jadi jika hendak berkongsi fail dengan rakan-rakan ditempat yang selamat dan baik isi-isinya, anda patut menggunakan Sabily Sharing Service.

Disini disertakan beberapa gambar di Sabily Sharing Service.

Mari kita berkongsi data bersama kawan-kawan di http://share.sabily.org.
Share

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha. Terima kasih atas sokongan anda kepada Linux Sabily Malaysia. Semoga segala pengorbanan kita mendapat kerahmatan daripada Allah.


Share

Laman Web Rasmi Baru Sabily

     Tahniah kepada semua ahli Sabily untuk laman web rasmi baru mereka yang telah dilancarkan beberapa hari yang lalu. Tampilan baru yang moden dan cantik. Anda boleh mengaksesnya di http://sabily.org.
Disini ada beberapa gambar dan sedikit penerangan tentang laman web tersebut.
 
01. HOME
Ini adalah laman utama. Segala informasi terkini tentang Sabily akan dipaparkan disini.
02. SABILY - Everything you need
Disini terdapat link ke laman Installation, Content, Screenshots dan Downloads.
03. COMMUNITY - Get Involved
Disini terdapat link ke laman Forum, Spread Sabily, Launchpad, Chat with us, Contact us dan Guestbook.
04. BLOG
Ini adalah laman yang baru dan masih dalam pembikinan.
05. ON THE WEB
Disini diletakkan laman-laman web yang menceritakan tentang Sabily di laman mereka.
06. ISLAM
Ini juga adalah laman yang baru diwujudkan memperkatakan tentang Islam memandangkan Sabily adalah sistem operasi Islamik. Disini terdapat link ke laman Hijri Date Converter, Holy Quran dan Hadith Of The Day.
 
     Laman web Sabily terdapat dalam berbagai bahasa yang diolah oleh team Sabily sendiri. Namun untuk bahasa Malaysia masih tidak cukup sukarela yang sudi menampilkan diri untuk mengolahnya. Mungkin dimasa akan datang akan ada sukarela dari Malaysia untuk mengolahkan laman web Sabily ke Bahasa Malaysia.

Share

Meningkatkan Sabily 10.04 Manarat ke Sabily 10.10 Al-Quds

     Terfikir untuk meningkatkan versi Sabily 10.04 Manarat ke Sabily 10.10 Al-Quds? Sepatutnya perkara ini yang patut diutamakan oleh pemprogram-pemprogram Sabily sebagai tanda penghargaan kepada pengguna-pengguna Sabily yang sedia ada. Ini kerana sudah tentu mereka tidak mahu melakukan pemasangan baru untuk setiap versi yang dilancarkan. Tema-tema yang telah mereka aturkan terpaksa diatur semula jika pemasangan baru dilakukan. Data-data yang tersimpan dibahagian pemasangan Sabily juga berisiko untuk hilang atau terpadam jika pemasangan baru dilakukan.
    Saya telah melakukan percubaan untuk meningkatkan Sabily Manarat ke Sabily Al-Quds dengan mengikut beberapa prosedur dan ianya telah berjaya namun tidak semua perisian Islamik dapat terpasang didalamnya. Proses peninkatannya juga mengambil masa yang terlalu lama. Jadi jika kamu membuat keputusan untuk meningkatkan Sabily kamu, boleh mengikut cara yang saya tunjukkan dibawah.
   Lakukan proses ini dengan segala risiko yang mungkin berlaku adalah dibawah tanggungan sendiri. Ini adalah kerana perbezaan komponen komputer diantara kita. Bagaimanapun kamu boleh menggunakan prosedur ini sebagai panduan.

01. Buka Update Manager kemudian tekan Upgrade.
02. Release Notes terpapar, klik Upgrade.
03. Memuat turun upgrade tool.
04. Persediaan untuk Upgrade bermula.
 05. Tekan Start Upgrade.
06. Proses peningkatan bermula. Tunggu beberapa informasi.
07. Upgrade completed. Tutup window.
08. Restart kembali sessi anda.
09. Buka Update Manager untuk mendapatkan kemaskini perisian Sabily yang baru.
 10. Jika tiada kemas kini,  di Update Manager pergi ke Setting/Other Software, tanda semua Sabily repository.
 11. Proses memuat turun bermula.
12. Peningkatan telah berjaya. Kamu perlu menukar kertas dinding secara manual di /lib/plymouth/themes/sabily.

    Untuk lebih kepuasan, biasanya saya akan membuat pemasangan baru dan tidak melakukan proses peningkatan. Ini kerana proses peningkatan mengambil masa yang terlalu lama terutama ketika meningkatkan Sabily ke Ubuntu.

Share

Sabily 10.10 - Al Quds telah dilancarkan


Setelah menunggu didalam kesabaran, akhirnya Sabily dengan versi terbaru 10.10 Al-Quds telah dilancarkan semalam 2 November 2010. Namun cuma versi kecil sahaja. Untuk versi penuh terpaksalah kita menunggu sehingga mereka selesai memuat naik ke server Sabily.
Jika ingin memuat turun versi kecil, anda boleh memuat turun terus dari sini.
Mungkin juga anda ingin terus pergi ke laman web rasmi Sabily di sini.

Selamat memuat turun dan menggunakan Sabily 10.10 Al-Quds.

Share