Sabily Sharing Service

      Kumpulan Sabily telah mengumumkan servis terbaru mereka yang digelar Sabily Sharing Service. Anda boleh melihatnya di http://share.sabily.org . Disana anda boleh berkongsikan fail peribadi sehingga ke 100MB dengan kenalan dan ianya akan mengimbas virus secara automatik.
      Pada masa akan datang mereka akan menaik taraf servis ini untuk menghoskan fail dengan perbandingan dan komen, kelebihan, enjin carian, kawalan ( contoh : tidak membenarkan gambar-gambar haram ) dan lain-lain lagi.
     Jadi jika hendak berkongsi fail dengan rakan-rakan ditempat yang selamat dan baik isi-isinya, anda patut menggunakan Sabily Sharing Service.

Disini disertakan beberapa gambar di Sabily Sharing Service.

Mari kita berkongsi data bersama kawan-kawan di http://share.sabily.org.
Share

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha. Terima kasih atas sokongan anda kepada Linux Sabily Malaysia. Semoga segala pengorbanan kita mendapat kerahmatan daripada Allah.


Share

Laman Web Rasmi Baru Sabily

     Tahniah kepada semua ahli Sabily untuk laman web rasmi baru mereka yang telah dilancarkan beberapa hari yang lalu. Tampilan baru yang moden dan cantik. Anda boleh mengaksesnya di http://sabily.org.
Disini ada beberapa gambar dan sedikit penerangan tentang laman web tersebut.
 
01. HOME
Ini adalah laman utama. Segala informasi terkini tentang Sabily akan dipaparkan disini.
02. SABILY - Everything you need
Disini terdapat link ke laman Installation, Content, Screenshots dan Downloads.
03. COMMUNITY - Get Involved
Disini terdapat link ke laman Forum, Spread Sabily, Launchpad, Chat with us, Contact us dan Guestbook.
04. BLOG
Ini adalah laman yang baru dan masih dalam pembikinan.
05. ON THE WEB
Disini diletakkan laman-laman web yang menceritakan tentang Sabily di laman mereka.
06. ISLAM
Ini juga adalah laman yang baru diwujudkan memperkatakan tentang Islam memandangkan Sabily adalah sistem operasi Islamik. Disini terdapat link ke laman Hijri Date Converter, Holy Quran dan Hadith Of The Day.
 
     Laman web Sabily terdapat dalam berbagai bahasa yang diolah oleh team Sabily sendiri. Namun untuk bahasa Malaysia masih tidak cukup sukarela yang sudi menampilkan diri untuk mengolahnya. Mungkin dimasa akan datang akan ada sukarela dari Malaysia untuk mengolahkan laman web Sabily ke Bahasa Malaysia.

Share

Meningkatkan Sabily 10.04 Manarat ke Sabily 10.10 Al-Quds

     Terfikir untuk meningkatkan versi Sabily 10.04 Manarat ke Sabily 10.10 Al-Quds? Sepatutnya perkara ini yang patut diutamakan oleh pemprogram-pemprogram Sabily sebagai tanda penghargaan kepada pengguna-pengguna Sabily yang sedia ada. Ini kerana sudah tentu mereka tidak mahu melakukan pemasangan baru untuk setiap versi yang dilancarkan. Tema-tema yang telah mereka aturkan terpaksa diatur semula jika pemasangan baru dilakukan. Data-data yang tersimpan dibahagian pemasangan Sabily juga berisiko untuk hilang atau terpadam jika pemasangan baru dilakukan.
    Saya telah melakukan percubaan untuk meningkatkan Sabily Manarat ke Sabily Al-Quds dengan mengikut beberapa prosedur dan ianya telah berjaya namun tidak semua perisian Islamik dapat terpasang didalamnya. Proses peninkatannya juga mengambil masa yang terlalu lama. Jadi jika kamu membuat keputusan untuk meningkatkan Sabily kamu, boleh mengikut cara yang saya tunjukkan dibawah.
   Lakukan proses ini dengan segala risiko yang mungkin berlaku adalah dibawah tanggungan sendiri. Ini adalah kerana perbezaan komponen komputer diantara kita. Bagaimanapun kamu boleh menggunakan prosedur ini sebagai panduan.

01. Buka Update Manager kemudian tekan Upgrade.
02. Release Notes terpapar, klik Upgrade.
03. Memuat turun upgrade tool.
04. Persediaan untuk Upgrade bermula.
 05. Tekan Start Upgrade.
06. Proses peningkatan bermula. Tunggu beberapa informasi.
07. Upgrade completed. Tutup window.
08. Restart kembali sessi anda.
09. Buka Update Manager untuk mendapatkan kemaskini perisian Sabily yang baru.
 10. Jika tiada kemas kini,  di Update Manager pergi ke Setting/Other Software, tanda semua Sabily repository.
 11. Proses memuat turun bermula.
12. Peningkatan telah berjaya. Kamu perlu menukar kertas dinding secara manual di /lib/plymouth/themes/sabily.

    Untuk lebih kepuasan, biasanya saya akan membuat pemasangan baru dan tidak melakukan proses peningkatan. Ini kerana proses peningkatan mengambil masa yang terlalu lama terutama ketika meningkatkan Sabily ke Ubuntu.

Share

Sabily 10.10 - Al Quds telah dilancarkan


Setelah menunggu didalam kesabaran, akhirnya Sabily dengan versi terbaru 10.10 Al-Quds telah dilancarkan semalam 2 November 2010. Namun cuma versi kecil sahaja. Untuk versi penuh terpaksalah kita menunggu sehingga mereka selesai memuat naik ke server Sabily.
Jika ingin memuat turun versi kecil, anda boleh memuat turun terus dari sini.
Mungkin juga anda ingin terus pergi ke laman web rasmi Sabily di sini.

Selamat memuat turun dan menggunakan Sabily 10.10 Al-Quds.

Share

Sabily 10.10 Al-Quds Beta - Gambar Baru GRUB

Setelah mengemaskini Sabily Al-Quds Beta melalui Update Manager, saya telah mendapat gambar GRUB yang terbaru. Ikon untuk Sabily di panel Applications juga telah ditukar. Contoh gambar boleh lihat dibawah.

Gambar GRUB yang baru

Ikon Sabily telah ditukar.

Share

Dual Boot - Memadam OS Lain Selepas Memasang Sabily

Menjawab kepada soalan Saudara Iawaho di chatbox, bagaimana nak padamkan OS lain lepas buat dual boot dengan Sabily. Kita mesti memastikan bahagian cakera keras yang mana telah dipasangkan OS yang lain itu. Pada kebiasaannya Sabily atau lain-lain distro akan menggunakan format ext3 ataupun yang terbaru ext4 dan OS lain sebagai contoh Windows akan menggunakan format FAT32 ataupun NTFS. Jadi untuk masalah Saudara Iawaho, dapat dipastikan bahawa sudah tentu OS Windows di komputernya akan menggunakan format FAT32 ataupun NTFS.
Setelah log ke Sabily, OS lain yang telah dipasangkan sebelumnya boleh dipadam dengan menggunakan applikasi GParted Partition Editor. Ikut langkah-langkah yang ditunjukkan dibawah.

1. Dapatkan GParted  Partition Editor di System/Administration.
 2. Pilih Cakera Keras dan pastikan bahagian yang mana letaknya OS yang hendak dipadam.
 3. Pergi ke Menu Partition, pilih samada mahu delete ataupun format.

Semoga informasi ini dapat membantu Saudara Iawaho dan pengunjung yang lain.
Share

Sabily 10.10 Al-Quds video

Setelah mencuba Sabily 10.10 Al-Quds, kini saya cuba memasangnya ke cakera keras dengan menggunakan DVD Upaya. Semasa masuk ke Sabily saya tertarik dengan kesan grafik di logo Sabily. Ianya tidak dapat dilihat semasa pemasangan di Virtualbox. Anda boleh melihat videonya di Youtube dibawah siaran saya. Klik sini.

Gambar semasa masuk ke Sabily.

Sama-sama kita tunggu versi penuh Sabily 10.10 Al-Quds nanti.

Share

Broadband di Sabily 10.10 Al-Quds

     Agak mudah untuk memasang broadband di Sabily 10.10 Al-Quds berbanding versi yang sebelum ini. Pengaturan broadband yang telah tersedia cuma memerlukan beberapa maklumat untuk diisi, kemudian kita sudah boleh melayari Internet tanpa masalah. Gambar dibawah menunjukkan bagaimana saya mengatur talian broadband di Sabily 10.10 Al-Quds.








Jangan lupa mendapatkan Sabily Al-Quds nanti.

Share

Ubuntu ?, Sabily ?, Islam ?

     Pernah saya bertanya kepada seorang rakan yang menggunakan Sabily samada dia mempunyai rakan-rakan yang lain untuk membantu dalam pembangunan Sabily di Malaysia. Jawapan yang diberikan adalah " mereka tidak berminat dan menyatakan Sabily adalah sama dengan Ubuntu, cuma diolah untuk dijadikan Sabily". Jawapan yang agak mengecewakan jika yang memberikan jawapan itu adalah orang Islam kerana mereka tidak faham kenapa dan apa tujuan Sabily itu dibangunkan.
      Jika mereka faham tentang konsep sumber terbuka, pasti mereka akan menerima Sabily. Bukan Sabily sahaja yang menggunakan enjin Ubuntu, namun banyak lagi distro yang lain berasaskan Ubuntu dan ia diterima baik mengikut sebab ia dibangunkan. Boleh dikatakan setiap negeri akan dibangunkan distronya sendiri oleh mereka yang prihatin dan ia mendapat sambutan yang amat baik.
Gambar Hiasan
    Berbalik kepada Sabily, sebagai umat Islam saya amat berbangga dengan kehadirannya kerana ia ada ciri-ciri Islamik dan mengambil kira penggunaan komputer untuk umat Islam. Lalu perisian-perisian Islamik dibangunkan seperti Zekr, Minbar, Monajat, Nanny dan lain-lain lagi. Ia juga telah mewujudkan satu komuniti Islam yang disertai oleh umat Islam dari seluruh dunia. Ini mewujudkan ukhwah antara umat Islam walaupun berlainan negara, bangsa, bahasa dan budaya.
      Menyokong pembangunan Sabily pada pendapat saya lebih kepada kerana mencintai Islam dan Sabily adalah satu hab yang sangat penting untuk Islam dizaman teknologi dan maklumat kini. Lihat sahaja penggunaan Windows. Dari kanak-kanak sehingga ke orang dewasa semua mengenalinya. Namun ada dikalangan pemprogram-pemprogram Islam yang prihatin dan menyedari bahawa penggunaannya adalah kosong dari segi agama. Tidak dinafikan terdapat juga perisian-perisian Islamik untuk Windows, tetapi bukankah lebih baik jika sistem operasi itu sendiri Islamik yang direka dengan mengambil kira keperluan kepada umat Islam agar tidak leka dan terpedaya oleh golongan tertentu untuk kepentingan mereka dari segi penggunaan komputer.
      Tentang pengguna Ubuntu pula, memang Sabily itu diolah dari Ubuntu, namun seperti yang saya katakan tadi, semuanya kerana Islam. Adakah pengguna Ubuntu yang bukan beragama Islam akan menyokong pembangunan sistem operasi Islamik seperti Sabily atau sepatutnya pengguna Ubuntu yang beragama Islam sendiri yang patut menyokong pembangunan Sabily? Jika pengguna Ubuntu itu beragama Islam sudah pasti dia tidak mempunyai masalah untuk bertukar kepada Sabily kerana ianya sama dari segi fungsi.
      Kepada pemprogram-pemprogram Islam seharusnya dia menggunakan kepakarannya untuk pembangunan agama Islam supaya mendapat keberkatan dari ilmu yang dimilikinya. Apakah ada cara lain lagi untuk kita didalam bidang komputer ini menyumbang kepada pembangunan Islam?

Share

Sabily 10.10 Al-Quds Beta - Ujian Didalam Virtualbox

Cara mudah untuk menguji setiap distro yang dilancarkan adalah dengan menggunakan mesin maya. Tidak kira kita menggunakan sistem operasi Linux, Windows ataupun Mac OS X. Saya telah menguji pemasangan Sabily 10.10 Al-Quds dengan menggunakan mesin maya Virtualbox. Pemasangan berjalan dengan lancar walaupun kedudukan tetikus berada dalam aturan sebelah kiri. Namun ia bertukar ke sebelah kanan apabila pemasangan selesai selepas komputer dihidupkan semula. Di bawah adalah beberapa gambar yang diambil ketika pemasangan Sabily 10.10 Al-Quds dilakukan.

1. Membaca fail pemasangan.
 2. Memastikan pemasangan rangkaian untuk memudahkan pemasangan Sabily.
 3. Pemasangan bermula. Pilihan untuk mencuba atau memasang.
 4. Proses pemasangan.
 5. Proses pemasangan.
 6. Proses pemasangan.
 7. Proses pemasangan.
 8. Proses pemasangan.
 9. Proses pemasangan.
 10. Proses pemasangan.
 11. Proses pemasangan.
 12. Pemasangan selesai. Hidupkan semula komputer.
 13. Sabily di tetapan paparan. Senarai perisian Islamik di dalam Sabily.
 14. Perisian Nanny Parental Control untuk mengawal penggunaan dan akses Internet.
Jadi jika anda berpeluang, diharap dapat  mencuba versi Beta ini dan melaporkan jika ada terdapat masalah kepada team Sabily di launchpad atau kongsi di Facebook Sabily, insya'Allah...

Share