Dual Boot - Memadam OS Lain Selepas Memasang Sabily

Menjawab kepada soalan Saudara Iawaho di chatbox, bagaimana nak padamkan OS lain lepas buat dual boot dengan Sabily. Kita mesti memastikan bahagian cakera keras yang mana telah dipasangkan OS yang lain itu. Pada kebiasaannya Sabily atau lain-lain distro akan menggunakan format ext3 ataupun yang terbaru ext4 dan OS lain sebagai contoh Windows akan menggunakan format FAT32 ataupun NTFS. Jadi untuk masalah Saudara Iawaho, dapat dipastikan bahawa sudah tentu OS Windows di komputernya akan menggunakan format FAT32 ataupun NTFS.
Setelah log ke Sabily, OS lain yang telah dipasangkan sebelumnya boleh dipadam dengan menggunakan applikasi GParted Partition Editor. Ikut langkah-langkah yang ditunjukkan dibawah.

1. Dapatkan GParted  Partition Editor di System/Administration.
 2. Pilih Cakera Keras dan pastikan bahagian yang mana letaknya OS yang hendak dipadam.
 3. Pergi ke Menu Partition, pilih samada mahu delete ataupun format.

Semoga informasi ini dapat membantu Saudara Iawaho dan pengunjung yang lain.
Share

3 comments:

  1. Terima kasih Meorbu :)

    ReplyDelete
  2. Salam.. Kalau guna hiren boot cd pon blh jugak kan? Rasanya dlm hiren ada G Part Partion Editor.. Saya ada satu soalan.. Kalau partion yg mengandungi OS windows tersebut telah dipadam OS nya,adakah boleh partion tersebut digabungkan semula dgn partion yg mengandungi linux sabily..? Terima kasih
    -Ubuntu Newbie-

    ReplyDelete
  3. maaf saudara sy org baru dalam linux. kalu tidak salah jika saudara ingin membesarkan ruang cakera keras saudara dari partition yang telah dipadam jawapannya boleh. Guna G-Parted, saudara perlu memadam partition itu biarkan ia menjadi unformated partition. kemudian click pada partition linux yg saudara ingin besarkan dan click resize partition. saudara boleh membesarkan partition tersebut dengan menarik ruang hingga ke hujung ruangan kosong. (Pastikan ruang itu bersebelahan, jika tidak saudara perlu melakukan pemindahan partition). selamat mencuba!

    ReplyDelete