Semasa saya memperkenalkan Sabily kepada rakan-rakan, banyak soalan yang diajukan kepada saya bahawa adakah ia perisian yang akan dimasukkan kedalam Window dan kemudian digunakan didalam Windows? Walaupun seringkali saya nyatakan bahawa Sabily adalah satu sistem operasi seperti Windows. Ini membuktikan bahawa kebanyakan pengguna sistem komputer hanya tahu cuma ada satu sahaja sistem operasi iaitu Windows. Jadi mereka perlu membeli Windows dengan harga yang mahal walaupun penggunaan komputer mereka hanya untuk melayari internet dan membuat kerja-kerja pejabat yang ringkas. Jika mereka tahu atau memahami bahawa penggunaan komputer mereka tidak perlu kepada sistem operasi Windows tetapi boleh dilakukan dengan menggunakan sistem operasi percuma seperti Sabily, sudah tentu mereka sedar bahawa tidak perlu membazir wang dengan membeli sistem operasi seperti Windows.
Seorang rakan yang telah menggunakan sistem operasi Sabily pernah bertanya kenapa ianya adalah percuma, sedangkan ianya adalah lebih baik dari Windows dan dari mana mereka mendapat pembiayaan? Saya tidak mampu memberikan jawapan. Tetapi yang nyatanya ia adalah percuma. Jawapan yang dapat saya berikan adalah kamu akan dapat sendiri apabila kamu telah mengenali Sabily dan juga sistem operasi percuma yang lain seperti Ubuntu, Debian, PCLinuxOS dan sebagainya.
Share
alhamdulillah. hari ni sy menggunakan sabily setelah menggunakan ubuntu buat seberapa lama.
ReplyDeletetahniah sebab wujudkan laman web ini, angat berguna. :)
tuan ada YM atau email? saya ingin bertanya, kenapa waktu solat saya dan azan, cepat sejam dari asal? mcm mana nk setting nya semula?
Syukur kerana pengguna Sabily makin bertambah. Tahniah diucapkan kerana menggunakan Sabily.
ReplyDeleteLaman web ini saya wujudkan untuk membantu orang Malaysia yang ingin menggunakan Sabily. Buat masa sekarang saya lebih banyak menumpukan kepada laman blog Linux Sabily didalam bahasa Inggeris. Insya'Allah jika sambutan dari orang Malaysia menggalakkan, saya akan menumpukan kepada laman blog Sabily Malaysia.
Berkenaan waktu solat dan azan, longitude dan latitude harus diubah mengikut lokasi anda berpandukan google map. Ataupun tukar Calculation kepada Muslim World League. Selamat mencuba...
Soalan yang sama dan sering ditanya oleh rakan2 dan jugak orang yang datang membaiki komputer dengan saya.. apa2 pun tahniah Abg Meor Bu coz membawa saya menemui Sabily.. slama ni sy asyik mengkaji keupayan XUbuntu bagi membantu pengguna yang membeli refurbish PC & Laptop. Alhamdulillah ramai yang boleh terima Sabily kerana bebas dari ancaman virus. itu adalah satu promosi yang menarik bagi mereka yang membuat kerja pejabat dan tidak mahu diganggu virus (so jimat xpayah beli anti virus). mohon bantuan dalam pembangun XSabily.. An-Nass dh di tukar balik kepada Al-Quds.. hehehe harap maaf!
ReplyDeleteKeinginan untuk membangunkan distro sendiri memang ada. Tetapi buat masa sekarang rasanya tak perlu lagi kerana lebih tertumpu kepada Sabily dan rasanya Sabily itu sudah cukup. Cuma memodifikasikan kepada KDE dan LXDE. Usaha mewujudkan XSabily itu memang bagus dan ianya masih berasaskan Sabily. Buat masa sekarang kita perlu lebih mendalami lagi ilmu sistem terbuka itu. Akan datang bila sudah yakin dan mempunyai tenaga sukarela yang cukup, baru kita bangunkan sistem operasi Linux kita sendiri untuk rakyat Malaysia seperti Blankon Sajadah di Indonesia. Insya'Allah...
ReplyDeleteAbg MeorBu.. jutawan yang membiayai projek Ubuntu adalah Mark Shuttleworth, Canonical dari Afrika.
ReplyDeleteLinus Torvalds adalah pembuat kernel pertama Linux (Linus Minix 1991-1994) merupakan ketua penyelidikan Open Source Development Lab (OSDL).
Sebab tu dinamakan Ubuntu. Bahasa latin Afrika. Linus Torvalds tu yang menemui Linux. Tak tau kenapa dia tak nak lawan dengan Bill Gates. Kalau tidak Microsoft mesti bungkus punya...
ReplyDeleteYe.. XSabily masih Sabily.. cuma untuk PC yg xbrapa power.. so impian utk masukkan Compiz xmnjadi.. xpela.. janji pegguna PC & Laptop yg berkemampuan rendah dapat guna Sabily. Saya pun masih lg mendalami ilmu sistem terbuka yg br kenal 2 thn (4/2008-10/2010).. sblum ni lbh tpengaruh dgn Windows (MS-Dos).
ReplyDeleteLinus Torvalds ni jenis low profail.. xsuka wt kecoh.. Torvalds tidak tertarik untuk mengumpul kekayaan atau kuasa, dan berpendapat selama ini bahawa apa yang paling penting untuk pengaturcara terbaik adalah suka pengaturcaraan dan menjadi kreatif. In his own words, he did it all "just for fun." Dalam kata-katanya sendiri, dia melakukan itu semua "hanya untuk suka-suka". Tp la dia dh kaya raya..
ReplyDeleteadakah sabily bolh di install guna wubi ? sudah adakah wubi untuk sabily?
ReplyDeleteSepatutnya boleh kerana sistemnya sama dengan Ubuntu. Insya'Allah akan saya cuba nanti...
ReplyDeleteAlhamduliLLAH dan terima kasih untuk bro meorbu kerana membantu saya. Setelah sekian lama melakukan percubaan memuaturun manarat melalui Sabily homepage gagal. Majulah Sabily untuk ummah.
ReplyDelete...kalaulah dalam versi akan datang dapat disertakan kumpulan rujukan hadis-hadis sahih