Menukar Ubuntu 10.04 ke Sabily Manarat


Semua telah mengetahui tentang pelancaran Sabily Manarat pada akhir Jun yang lalu. Bagi yang memang menggunakan Sabily sudah tentu akan menaiktaraf ke Sabily Manarat ataupun memasang baru ke sistem mereka. Tapi bagaimana dengan pengguna Ubuntu yang berkeinginan untuk bertukar ke Sabily tetapi tidak tahu cara ataupun ragu-ragu untuk melakukannya. Disini saya tampilkan cara-cara bagaimana hendak menukarkan Ubuntu ke Sabily melalui beberapa arahan. Diharap ianya akan memberi keyakinan kepada yang hendak menukarkan distro mereka dari Ubuntu ke Sabily disamping menyokong pembangunan perisian Islam.

Pastikan sambungan dan kelajuan sistem internet kamu baik.

1. Buka terminal dan jalankan arahan ini, sudo add-apt-repository ppa:sabily.team/ppa && sudo apt-get -q update


2. Kemudian arahan ini, sudo apt-get install sabily


3. 'Y' untuk meneruskan arahan.


4. Tunggu sehingga selesai. Lebih kurang 20 minit.


5. Selesai. Tutup terminal dan boot semula komputer.


6. Ubuntu telah berjaya ditukar ke Sabily tetapi dengan tema yang bercampur.


7. Untuk bertukar ke Sabily sepenuhnya kamu perlu mengubah tema ke HumanME dan menggunakan wallpaper Manarat di File System/lib/plymouth/themes/sabily


8. Ubuntu telah berjaya ditukarkan ke Sabily Manarat sepenuhnya.


Tahniah kerana telah berjaya menukarkan Ubuntu 10.04 ke Sabily Manarat 10.04. Diharapkan kamu dapat berkongsi dengan rakan-rakan tentang maklumat ini.

Share


No comments:

Post a Comment