Sabily 10.10 Al-Quds Versi Beta Dilancarkan

Saudara JMehdi telah mengumumkan pelanjaran Sabily 10.10 Al-Quds versi beta petang tadi. Jadi kepada yang ingin mencuba boleh memuat turun dipautan dibawah. Jika didapati ada masalah atau mempunyai idea baru untuk ditambah, boleh emel kepada saya di meorbu@hotmail.com atau yang telah menjadi ahli Sabily boleh emel kepada Sabily team.

Download disini,
http://88.191.122.107/Sabily/10.10/beta/sabily-10.10-desktop-i386-beta.iso
http://content.wuala.com/contents/jmehdi/DVD%20ISO%20files/10.10/beta/sabily-10.10-desktop-i386-beta.iso?dl=1
Selamat mencuba.
File Sabily beta di Wuala.

Share

Virtual Machine, Wubi atau Dual Boot

     Masih ramai pengguna sistem operasi Windows yang agak keberatan dan risau untuk bertukar kepada sistem operasi terbuka seperti Sabily, Ubuntu dan lain-lain lagi. Walaupun begitu mereka agak teruja untuk mencubanya jika boleh tanpa membuang sistem operasi Windows yang mereka gunakan. Ini mungkin kerana mereka mendengar cerita tentang kelebihan sistem operasi terbuka ini melalui rakan-rakan, pembacaan dan iklan-iklan di Internet. Oleh itu, artikel ini akan membincangkan tentang penggunaan Sabily yang dipasang bersama-sama dengan sistem operasi Windows didalam satu komputer.
     Terdapat tiga pilihan untuk pengguna memasang Sabily ke komputer mereka tanpa membuang atau mengganggu sistem operasi Windows yang telah sedia ada. Tiga pilihan yang utama itu ialah, satu, menggunakan mesin maya seperti Virtualbox, Vmware dan sebagainya. Kedua dengan menggunakan Wubi yang tersedia bersama dengan fail pemasangan Sabily didalam DVD dan ketiga dengan menggunakan cara boot dua (dual boot) ataupun boot berbagai (multi boot).

1) Mesin maya.
      Mesin maya yang popular adalah Virtualbox dan ianya yang sering saya gunakan untuk menguji pemasangan sistem terbuka-sistem terbuka yang baru seperti Sabily, Ubuntu dan lain-lain. Penggunaan Virtualbox adalah lebih mudah dan selamat kerana ianya adalah sama seperti perisian yang lain dimana ia perlu dipasang kedalam sistem operasi Windows kemudian Sabily dijalankan didalamnya.

2) Wubi.
      Wubi bermaksud "Windows Ubuntu Installer". Dari namanya dapat dibayangkan ianya perisian untuk memasang Ubuntu/Sabily ke Windows. Namun ianya tidaklah seperti mesin maya kerana ia tetap mengasingkan pemasangan Sabily dari Windows kebahagian yang lain. Kita akan diminta memilih samada mahu masuk ke Windows atau Sabily. Jadi ianya adalah sama seperti boot dua (dual boot) cuma ianya boleh dinyah pasangkan dari sistem komputer melalui sistem operasi Windows.

3) Boot dua (Dual Boot).
      Boot dua adalah memasang Sabily disamping Windows didalam satu bahagian atau lebih. Kita akan diminta untuk memilih samada mahu masuk ke Sabily atau Windows. Pilihan utama yang diberikan adalah Sabily, berbeza dengan Wubi, pilihan utama adalah Windows. Boot dua tidak memberi pilihan untuk nyah pasang Sabily melalui Windows. Pilihan yang ada cuma memadam atau membuang bahagian yang dipasang Sabily. Sememangnya boot dua agak membahaya untuk pengguna komputer yang biasa. Jika hendak membuat boot dua haruslah mendapat bimbingan daripada pengguna yang berpengalaman.
     Artikel ini hanya membincangkan tentang pilihan yang ada untuk pengguna komputer yang ingin mencuba Sabily tanpa mengganggu sistem operasi yang sedia ada. Kita akan membincangkan dengan lebih terperinci tentang pilihan-pilihan itu dimasa yang akan datang.

Share

Tarikh Pelancaran Sabily 10.10 Al-Quds

Informasi yang diterima daripada Saudara Mehdi menyatakan bahawa Sabily 10.10 Al-Quds akan dilancarkan pada 1hb November 2010. Mereka juga telah menyediakan tema untuk kaunter pengiraan agar dapat diletakkan dilaman-laman web yang ingin membantu dalam penyebaran maklumat tentang Sabily. Sama-sama kita berdoa agar Sabily berjaya dilancarkan pada tarikh yang dirancangkan, Insya'Allah. Kod untuk tema-tema kaunter pengiraan boleh disalin dibawah.

Tema 1 - code =  http://88.191.122.107/Sabily.Countdown/Countdown.aspx?release=10.10&theme=1
Tema 2 - code = http://88.191.122.107/Sabily.Countdown/Countdown.aspx?release=10.10&theme=2
 Tema 3 - code = http://88.191.122.107/Sabily.Countdown/Countdown.aspx?release=10.10&theme=3
 Tema 4 - code = http://88.191.122.107/Sabily.Countdown/Countdown.aspx?release=10.10&theme=4

Diharap semoga anda dapat meletakkan tema-tema ini dilaman anda dengan tujuan untuk memperkenalkan Sabily kepada ummah di Malaysia.

Share

Logo Baru Sabily

Logo dan jenama Sabily yang baru telah dilancarkan dan akan digunakan pada keluaran Al-Quds yang akan datang. Namun begitu pengguna Sabily sudah boleh menggunakannya untuk tujuan pengiklanan ,penyebaran dan sebagainya. Logo terbaru ini agak berlainan sedikit daripada logo Ubuntu yang mana ia mengandungi lima titik diluar bulatan yang bermaksud "Lima Rukun Islam". Jadi kita dapat memisahkan sedikit persamaan dengan logo Ubuntu yang bermaksud "tiga persahabatan". Marilah kita menyebarkan penggunaan logo terbaru Sabily ini sementara menunggu keluaran versi terbaru Sabily 10.10 Al-Quds.

Logo baru Sabily

Jenama baru Sabily


Share

Sabily 10.10 Dengan Kod Nama "Al-Quds"


Kumpulan pemprogram Sabily telah menetapkan kod nama bagi version 10.10 adalah "Al-Quds" yang bermaksud Bandar Jerusalem. Secara tidak langsung ia adalah kesinambungan daripada Sabily Gaza yang dibangunkan khas untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin dalam menuntut hak mereka. Marilah kita bersama menyokong dan membangunkan sistem operasi Islamik seperti Sabily.


Gambar Masjid Al-Aqsa diambil dari homepage Sabily.org.


Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431


Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431 buat semua pengunjung blog Sabily Malaysia. Terima Kasih diatas sokongan anda semua.



Selamat Menyambut Ramadan dan Berpuasa




Assalammualaikom,
Blogger Linux Sabily Malaysia ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Mubarak dan Selamat Berpuasa kepada semua pelawat dan terutama sekali follower. Marilah kita memperbanyakkan sembahyang, berdoa dan beramal dibulan yang mulia ini Insya'Allah.
Bersempena itu juga saya telah mengolah dan menambah kertas dinding Sabily Manarat istimewa untuk bulan Ramadan ini. Sesiapa yang berminat untuk dijadikan kertas dinding Sabilynya, boleh memuat turun di sini.

Share

Nanny - Mengawal Penggunaan Internet


Terdapat satu perisian yang boleh digunakan untuk mengawal penggunaan Internet telah dimuatkan kedalam Sabily versi Manarat yang dipanggil Nanny. Perisian ini amat berguna bagi Ibubapa untuk mengawal penggunaan Internet oleh anak-anak. Nanny boleh mengawal masa penggunaan dan juga isi-isi yang terdapat didalam sesuatu laman web daripada diakses atau dihantar kepada sesuatu komputer. Pada masa kini, terdapat berbagai laman web tidak sihat yang telah diwujudkan tanpa kawalan. Oleh itu Nanny telah dibangunkan untuk membantu pengguna terutama Ibubapa yang amat risau terhadap penggunaan Internet oleh anak-anak. Dengan menapis akses Internet menggunakan Nanny, ibubapa tidak lagi perlu risau tentang penggunaan Internet oleh anak-anak mereka.

Mari kita lihat beberapa screenshot dan bagaimana cara untuk menggunakan Nanny.

1. Untuk menjalankan Nanny pergi ke System/Administration, klik Parental Control.


2. Klik gambar kunci untuk mengolah Nanny.


3. Masukkan kata kunci semasa Login.


4. Pengunaan masa boleh diolah dengan menekan kotak hijau.
Untuk menapis isi laman web, klik butang Configure. Sebelum itu kita perlu mendapat fail Blacklist dari laman web Nanny. Untuk Sabily yang telah diupdate, fail Blacklist telah tersedia.


5. Fail Blacklist Nanny boleh dimuat turun dari http://projects.gnome.org/nanny/


6. Selepas memuat turun fail Blacklist, kita perlu memasukkannya ke Blacklists Filter Configuration. Ini dapat dilakukan dengan pergi ke System/Administration, klik BlackLists.


7. Untuk memasukkan fail Blacklist, klik butang kunci.


8. Masukkan kata kunci semasa login.


9. Klik Import.


10. Dapatkan fail yang telah dimuat turun nanny.nbl. Klik OK.


11. Fail Blacklist telah dimasukkan. Tutup Blacklist Filter Configuration.


12. Klik Configure.


13. Sekarang kita boleh menapis penggunaan Internet dengan menanda dikotak yang disediakan. Setelah siap ditapis, klik Close.


14. Klik Apply.


15. Konfigurasi telah disimpan. Tutup tingkap informasi.


Kita telah siap menapis akses Internet menggunakan Nanny. Sekarang kamu boleh mencuba mengakses Internet dan melihat hasilnya. Jika telah berpuas hati, kamu bolehlah membiarkan anak kamu menggunakan Internet tanpa perlu memantau mereka.

p/s - tolong sebarkan maklumat ini terutama kepada pengguna Islam dengan berkongsi di Wall Facebook, Twitter dan sebagainya.

Menukar Ubuntu 10.04 ke Sabily Manarat


Semua telah mengetahui tentang pelancaran Sabily Manarat pada akhir Jun yang lalu. Bagi yang memang menggunakan Sabily sudah tentu akan menaiktaraf ke Sabily Manarat ataupun memasang baru ke sistem mereka. Tapi bagaimana dengan pengguna Ubuntu yang berkeinginan untuk bertukar ke Sabily tetapi tidak tahu cara ataupun ragu-ragu untuk melakukannya. Disini saya tampilkan cara-cara bagaimana hendak menukarkan Ubuntu ke Sabily melalui beberapa arahan. Diharap ianya akan memberi keyakinan kepada yang hendak menukarkan distro mereka dari Ubuntu ke Sabily disamping menyokong pembangunan perisian Islam.

Pastikan sambungan dan kelajuan sistem internet kamu baik.

1. Buka terminal dan jalankan arahan ini, sudo add-apt-repository ppa:sabily.team/ppa && sudo apt-get -q update


2. Kemudian arahan ini, sudo apt-get install sabily


3. 'Y' untuk meneruskan arahan.


4. Tunggu sehingga selesai. Lebih kurang 20 minit.


5. Selesai. Tutup terminal dan boot semula komputer.


6. Ubuntu telah berjaya ditukar ke Sabily tetapi dengan tema yang bercampur.


7. Untuk bertukar ke Sabily sepenuhnya kamu perlu mengubah tema ke HumanME dan menggunakan wallpaper Manarat di File System/lib/plymouth/themes/sabily


8. Ubuntu telah berjaya ditukarkan ke Sabily Manarat sepenuhnya.


Tahniah kerana telah berjaya menukarkan Ubuntu 10.04 ke Sabily Manarat 10.04. Diharapkan kamu dapat berkongsi dengan rakan-rakan tentang maklumat ini.

Share


Sabily 10.04 Manarat


Sabily versi 10.04 dengan kod nama Manarat telah dilancarkan pada akhir Jun 2010 yang lalu. Tidak banyak pembaharuan yang terdapat didalam versi Manarat berbanding dengan versi Gaza. Hanya terdapat wallpaper Manarat yang baru dan perisian-perisian Islam dan lain-lain dimasukkan versi yang terbaru. Disamping itu perisian Webstrict ditukarkan kepada Nanny yang mana ia lebih mudah untuk digunakan. Lebih terperinci tentang Nanny dan Webstrict akan saya bincangkan pada artikel yang akan datang. Kepada yang belum mencuba Sabily, bolehlah mencuba pada versi Manarat. Disini saya kongsikan beberapa gambar Sabily Manarat yang telah saya pasang pada sistem saya.

Sabily Manarat telah selesai dipasang. Perisian Minbar dan Monajat akan berjalan secara automatik. Namun ia boleh dimodifikasikan kemudian.


Senarai perisian Islam yang terdapat didalam Sabily Manarat.


Beberapa tetapan yang boleh dimodifikasikan.


Perisian Nanny menggantikan Webstrict. Nanny dan Webstrict adalah perisian yang boleh mengawal akses dan menapis penggunaan internet. Ia dibangunkan khas untuk mengawal penggunaan internet anak-anak oleh ibubapa.


Beberapa wallpaper yang terdapat didalam Sabily Manarat. Sama seperti Ubuntu cuma terdapat satu untuk Sabily Manarat.


Pada artikel yang akan datang saya akan membincangkan bagaimana kita boleh memuat turun Sabily Manarat dan memasangnya kedalam sistem komputer kita.

Share


Memuat Turun Sabily


Telah berminat dengan Sabily? Ingin mencuba Sabily? Kamu boleh mendapatkan Sabily dengan memuat turunnya daripada laman web rasmi Sabily di http://www.sabily.org/website/index.php/en/sabily/downloads .
Jika kamu menghadapi masalah untuk memuat turun kerana capaian internet yang bermasalah, kamu boleh juga memohon DVD Sabily percuma dari blog ini, Linux Sabily Malaysia. Sokongan ini hanya saya berikan untuk suatu tempoh tertentu daripada sekarang. DVD yang akan dikirimkan kepada anda adalah Sabily versi 10.04 Manarat.
Berkemungkinan kos penghantaran perlu dibayar oleh pemohon sendiri. Kepada yang mampu memuat turun, selamat memuat turun dan kongsikanlah kepada kenalan anda tentang Sabily.

Sabily Bukan Windows

Semasa saya memperkenalkan Sabily kepada rakan-rakan, banyak soalan yang diajukan kepada saya bahawa adakah ia perisian yang akan dimasukkan kedalam Window dan kemudian digunakan didalam Windows? Walaupun seringkali saya nyatakan bahawa Sabily adalah satu sistem operasi seperti Windows. Ini membuktikan bahawa kebanyakan pengguna sistem komputer hanya tahu cuma ada satu sahaja sistem operasi iaitu Windows. Jadi mereka perlu membeli Windows dengan harga yang mahal walaupun penggunaan komputer mereka hanya untuk melayari internet dan membuat kerja-kerja pejabat yang ringkas. Jika mereka tahu atau memahami bahawa penggunaan komputer mereka tidak perlu kepada sistem operasi Windows tetapi boleh dilakukan dengan menggunakan sistem operasi percuma seperti Sabily, sudah tentu mereka sedar bahawa tidak perlu membazir wang dengan membeli sistem operasi seperti Windows.
Seorang rakan yang telah menggunakan sistem operasi Sabily pernah bertanya kenapa ianya adalah percuma, sedangkan ianya adalah lebih baik dari Windows dan dari mana mereka mendapat pembiayaan? Saya tidak mampu memberikan jawapan. Tetapi yang nyatanya ia adalah percuma. Jawapan yang dapat saya berikan adalah kamu akan dapat sendiri apabila kamu telah mengenali Sabily dan juga sistem operasi percuma yang lain seperti Ubuntu, Debian, PCLinuxOS dan sebagainya.

Share

Kenapa Menggunakan Sabily


Satu topik yang patut saya tulis adalah kenapa kita perlu menggunakan sistem operasi Sabily. Bagi pengguna komputer yang dari asalnya telah didedahkan kepada penggunaan sistem operasi Window sudah tentu agak sukar untuk mereka berubah kepada sistem operasi yang lain seperti Sabily. Salah satu sebab adalah kerana mereka tidak mengetahui kelebihan yang terdapat didalam sistem operasi lain dan yang kedua mereka menganggap sistem operasi yang lain susah digunakan.
Tetapi bagi saya tidak. Terdapat lebih banyak keistimewaan yang terdapat didalam sistem operasi yang lain terutama Sabily. Sebelum ini saya juga adalah pengguna Window dan tidak sukar untuk saya berubah kepada sistem operasi Sabily kerana ianya boleh digunakan seakan Window. Namun ia tidaklah meniru Window kerana segala sistem failnya adalah berbeza dari Window.
Apakah perbezaan yang terdapat didalam Sabily yang tiada didalam Window. Salah satunya adalah perisian-perisian untuk kegunaan umat Islam seperti Zekr iaitu software untuk membaca, mendengar, menghayati dan mengkaji Al-Quran dengan kelengkapan bacaan dari Qari-qari terbaik dunia, maksud ayat didalam berbagai bahasa dan lain-lain lagi.
Disamping itu terdapat juga perisian Minbar iaitu jadual waktu sembahyang, Monajat iaitu bacaan doa yang akan keluar di skrin mengikut masa yang kita tetapkan dan berbagai lagi yang akan saya perincikan pada artikel yang akan datang.
Satu lagi perisian yang baik dan menarik bagi saya adalah Webstrict. Dengan perisian Webstrict, kita dapat mengawal akses internet di Sabily mengikut pengaturcaraan yang kita buat. Ini penting jika kita ingin mengawal akses internet anak-anak kita yang tidak dapat kita lihat sepanjang masa. Bukanlah bermaksud anak kita akan mengakses laman web yang tidak sihat, tetapi kebanyakan laman web yang tidak sihat akan menghantar spam ke komputer-komputer yang sedang online dilaman-laman web yang lain. Kemungkinan ia akan menghantar spam ke laman web yang diakses oleh anak kita. Oleh itu jika mengaktifkan Webstrict di Sabily, kita tidak perlu risau akan spam-spam ini.
Terakhir sekali dengan menggunakan Sabily berkemungkinan kita akan dapat mengurangkan penggunaan sistem operasi Window yang dicetak rompak yang kini kian berleluasa. Perbuatan cetak rompak dan menggunakannya adalah salah disisi undang-undang. Jadi dengan sistem operasi Sabily yang percuma (tidak perlukan lesen) kita dapat menggunakan komputer dengan tenang dan selamat. Mengikut kata seorang pengasas Sabily, menggunakan sistem operasi Window yang dicetak rompak tetap menunjukkan sokongan kepada Window kerana ia menunjukkan seolah-olah cuma ada sistem operasi Window sahaja didunia ini sedangkan terdapat banyak sistem operasi lain yang percuma seperti Sabily.

Sabily - Versi Terdahulu





Sebelum Sabily Manarat dilancarkan mari kita lihat versi-versi Sabily yang pernah dilancarkan sebelum ini.

Versi yang pertama adalah Versi 7.04 dilancarkan pada 12 Julai 2007.

Versi yang kedua adalah Versi 7.10 dilancarkan pada 02 Disember 2007.

Versi yang ketiga adalah Versi 8.04 dilancarkan pada 17 Mei 2008.

Versi yang keempat adalah Versi 8.04.1 dilancarkan pada 22 Julai 2008.

Versi yang kelima adalah Versi 8.10 dilancarkan pada 19 November 2008.

Versi yang keenam adalah Versi 9.04 dengna kod nama Taiba dilancarkan pada 12 Mei 2009.

Versi yang ketujuh adalah Versi 9.10 dengan kod nama Gaza Release dilancarkan pada 27 Disember 2009.

Kini kita sedang menunggu versi yang terbaru iaitu Versi 10.04 dengan kod nama Manarat ataupun Menara didalam bahasa Malaysia.
Untuk pengetahuan, versi xx.04 bermakna xx adalah tahun dan 04 adalah bulan April. Manakala xx.10 bermakna xx adalah tahun dan 10 adalah bulan Oktober. Sebagai contoh, versi 10.04 adalah tahun 2010 pada bulan April. Ini bermakna Sabily tetap akan terdapat versi baru dua kali setahun. Cuma ianya akan cepat atau terlewat sahaja.
Sistem versi ini mengikut versi sistem operasi Ubuntu. Oleh kerana Sabily berasaskan Ubuntu, maka pelancaran versi terbarunya akan terlewat sedikit dari pelancaran versi terbaru Ubuntu.

Sabily 10.04 Manarat - Dalam Proses Terakhir


Sabily versi 10.04 Manarat akan dilancarkan tidak berapa lama lagi. Semua yang terlibat sedang bekerja keras untuk memastikan pelancarannya mendapat sambutan yang baik daripada para pengguna Sabily yang sedia ada. Ia juga mengharapkan supaya ramai pengguna window yang beragama Islam akan memberi sokongan dan bertukar kepada Sabily.
Perkembangan terkini yang saya terima daripada emel menunjukkan mereka didalam proses menyiapkan gambar GRUB dan melengkapkan beberapa perisian islamik untuk dimuatkan kedalam Sabily Manarat nanti. Saiz untuk versi yang baru ini juga cuba dikecilkan dengan membuang kebanyakan perisian yang tidak atau jarang digunakan daripada Sabily. Ini akan memudahkan pengguna memuat turun Sabily terutama di kawasan yang perlahan atau selalu mengalami gangguan talian internet. Kita tunggu kemunculan Sabily 10.04 tidak lama lagi.

Pengenalan


Assalamualaikum, terima kasih diucapkan kepada pelawat Linux Sabily Malaysia kerana sudi menggunakan sistem operasi percuma yang lengkap untuk umat Islam sejagat.

Buat masa ini blog Linux Sabily Malaysia masih lagi lagi didalam pengolahan. Jadi untuk sementara waktu, pelawat boleh mengunjungi blog Linux Sabily didalam bahasa Inggeris di http://linuxsabily.blogspot.com yang juga diuruskan oleh saya.

Pelancaran blog Linux Sabily Malaysia nanti akan diumumkan di blog Linux Sabily dalam bahasa Inggeris.