Dapatkan

Jika anda  tidak dapat memuat turun fail ISO Sabily, anda boleh memesan DVD Sabily di emel saya, sabilyblogsphere@gmail.com dengan menyertakan nama dan alamat. Kos DVD Sabily Manarat adalah RM10 sahaja.
Disamping itu jika sistem anda tidak mempunyai CD/DVD, anda boleh  memasang Sabily dengan menggunakan USB Flash Drive. Anda boleh memesan 4GB Bootable USB Sabily dengan kos RM35 sahaja.

Membuat pesanan bermakna telah bersetuju dengan kos yang perlu dibayar.

Sabily 10.10 Al-Quds Ultimate Version = RM10


Sabily 10.04 Manarat Full With Recitation = RM10

DVD Sabily akan dihantar menggunakan Pos Ekspres Pos Malaysia "DIJAMIN SAMPAI ESOK".



Pembayaran boleh dibuat selepas DVD diterima oleh pemesan dengan menghantar wang pos kepada MEOR ABDUL WAHAB atau melalui akaun bank dibawah.

CIMB - 0822-0000443-20-2

Terimakasih diatas pembayaran anda yang akan digunakan untuk pembangunan sistem operasi Islamik Sabily.

==========================================

Cara penggunaan DVD Upaya Sabily seperti dibawah akan disertakan bersama dengan DVD yang dipesan.

Ia juga boleh dimuat turun dari sini.


BAGAIMANA HENDAK MENGGUNAKAN DVD UPAYA SABILY?

DVD Upaya ini mampu menjalankan Sabily tanpa perlu memasangnya ke komputer terlebih dahulu. Ini bermakna anda boleh mencuba Sabily melalui DVD upaya sahaja. Kemudian apabila anda merasa yakin untuk memasang Sabily, anda boleh terus memasangkannya dari sana dengan satu klik sahaja.

MENJALANKAN DVD UPAYA BUAT PERTAMA KALI

01. Hidupkan komputer anda dan biarkan ia terus menjalankan sistem operasi yang sedia ada. 

02. Masukkan DVD Upaya Sabily ke dalam pemacu DVD kemudian matikan sistem operasi dan sistem komputer anda.

03. Hidupkan semula sistem komputer anda dan DVD Upaya Sabily akan dijalankan. Menu pilihan samada hendak mencuba ataupun memasang Sabily akan dipaparkan. Jika terus mahu memasang Sabily, pilih "Install Sabily". Jika hanya ingin mencuba Sabily, pilih "Try Sabily". 

JIKA DVD UPAYA TIDAK DIJALANKAN

01. Hidupkan komputer dan pastikan bahawa sistem BIOS akan bermula membaca (BOOT) daripada pemacu DVD. Untuk pergi ke BIOS setting boleh rujuk disini, http://linuxsabily.blogspot.com/2010/10/how-to-boot-from-your-live-cddvd.html

02. Masukkan DVD Upaya Sabily kedalam pemacu DVD utama di komputer anda.

03. Simpan maklumat BIOS dengan menekan kekunci F10 dan pilih "Save"(rujuk manual motherboard). Komputer akan dipadam dan dihidupkan semula.

04. DVD upaya akan dibaca dan pilihan untuk memasang atau mencuba Sabily akan dipaparkan. Jika terus mahu memasang Sabily, pilih "Install Sabily". Jika hanya ingin mencuba Sabily, pilih "Try Sabily". 

MEMBUAT PILIHAN MENCUBA SABILY

01. Apabila anda memilih untuk mencuba Sabily, Sabily akan dijalankan terus melalui DVD Upaya.

02. Tunggu sehingga DVD Upaya selesai menjalankan Sabily melaluinya. Kemudian anda bolehlah menggunakan Sabily dan program-program didalamnya seperti ianya telah dipasang ke komputer anda.

03. Jika anda merasa ingin memasangnya terus kekomputer, anda boleh mengetik di ikon "Install Sabily" yang ada didesktop anda.

MEMBUAT PILIHAN MEMASANG SABILY

01. Apabila anda memilih untuk memasang Sabily, proses pemasangan akan dipaparkan satu persatu. Sila berikan informasi yang diminta dan ikut arahan semasa proses pemasangan dijalankan.

02. Jika anda pengguna yang baru, adalah baik untuk mengikut tetapan yang disyorkan oleh aplikasi pemasangan.

03. Tunggu sehingga pemasangan selesai, kemudian keluarkan DVD Upaya. Ketik di "Restart Now" atau mati dan hidupkan semula komputer anda.

SELESAI PEMASANGAN

Tahniah dan terima kasih kerana telah berjaya mencuba dan memasang Sabily ke sistem komputer anda.
Jika ada sebarang masalah boleh menghubungi pautan-pautan dibawah.

01. Emel ke meorbu@hotmail.com
02. Laman Sabily Blogsphere di http://www.linuxsabily.blogspot.com
03. Laman Web Sabily di http://www.sabily.org
04. Halaman peminat blog Sabily Blogsphere di facebook di http://www.facebook.com/pages/Linux-Sabily/114155015261928
05. Sabily Group di facebook di http://www.facebook.com/pages/Linux-Sabily/114155015261928#!/group.php?gid=29125421938

"SABILY, SISTEM OPERASI ISLAMIK PERCUMA"

Share