Komuniti

Pada 25hb Februari 2011 yang lalu satu mensyuarat penstrukturan Komuniti Sabily Malaysia telah diadakan di Kuala Lumpur. Pada hari tersebut telah dirangka halatuju, perancangan masa depan dan carta organinasi telah dibentuk. Semua ahli telah bersetuju dengan minit-minit mesyuarat yang dibentangkan dan berjanji akan memberikan komitmen kepada tugas-tugas yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka. Semoga dengan penstrukturan Komuniti Sabily Malaysia ini akan memudahkan lagi kerja-kerja yang dirancangkan berkaitan dengan Sabily. Langkah ini juga diharap akan menambahkan lagi minat masyarakat untuk menggunakan sistem Sumber Terbuka terutamanya Sabily dan secara tidak langsung akan menyertai komuniti.
Mesyuarat bermula pada pukul 2 petang dan berakhir pada pukul 9.30 malam. Ahli komuniti merancang akan membuat perjumpaan bersemuka sekali sebulan dan untuk mesyuarat yang lain hanya akan dilakukan secara atas talian menggunakan Googeltalk memandangkan ada ahli-ahli yang tinggal diluar Kuala Lumpur.
Kehadiran ahli-ahli baru sentiasa dialu-alukan yang pastinya akan dapat membantu dalam banyak hal yang berkaitan dengan Sabily dan Sumber Terbuka.

Berikut adalah halatuju Komuniti Sabily Malaysia
Kepada yang berminat untuk menyertai Komuniti Sabily Malaysia boleh mendaftar di http://www.sabily.my . Boleh juga menyertai kami di laman facebook Komuniti Sabily Malaysia.

Berikut adalah Carta Organisasi Komuniti Sabily Malaysia


Share