Menukar Ubuntu 10.04 ke Sabily Manarat


Semua telah mengetahui tentang pelancaran Sabily Manarat pada akhir Jun yang lalu. Bagi yang memang menggunakan Sabily sudah tentu akan menaiktaraf ke Sabily Manarat ataupun memasang baru ke sistem mereka. Tapi bagaimana dengan pengguna Ubuntu yang berkeinginan untuk bertukar ke Sabily tetapi tidak tahu cara ataupun ragu-ragu untuk melakukannya. Disini saya tampilkan cara-cara bagaimana hendak menukarkan Ubuntu ke Sabily melalui beberapa arahan. Diharap ianya akan memberi keyakinan kepada yang hendak menukarkan distro mereka dari Ubuntu ke Sabily disamping menyokong pembangunan perisian Islam.

Pastikan sambungan dan kelajuan sistem internet kamu baik.

1. Buka terminal dan jalankan arahan ini, sudo add-apt-repository ppa:sabily.team/ppa && sudo apt-get -q update


2. Kemudian arahan ini, sudo apt-get install sabily


3. 'Y' untuk meneruskan arahan.


4. Tunggu sehingga selesai. Lebih kurang 20 minit.


5. Selesai. Tutup terminal dan boot semula komputer.


6. Ubuntu telah berjaya ditukar ke Sabily tetapi dengan tema yang bercampur.


7. Untuk bertukar ke Sabily sepenuhnya kamu perlu mengubah tema ke HumanME dan menggunakan wallpaper Manarat di File System/lib/plymouth/themes/sabily


8. Ubuntu telah berjaya ditukarkan ke Sabily Manarat sepenuhnya.


Tahniah kerana telah berjaya menukarkan Ubuntu 10.04 ke Sabily Manarat 10.04. Diharapkan kamu dapat berkongsi dengan rakan-rakan tentang maklumat ini.

Share


Sabily 10.04 Manarat


Sabily versi 10.04 dengan kod nama Manarat telah dilancarkan pada akhir Jun 2010 yang lalu. Tidak banyak pembaharuan yang terdapat didalam versi Manarat berbanding dengan versi Gaza. Hanya terdapat wallpaper Manarat yang baru dan perisian-perisian Islam dan lain-lain dimasukkan versi yang terbaru. Disamping itu perisian Webstrict ditukarkan kepada Nanny yang mana ia lebih mudah untuk digunakan. Lebih terperinci tentang Nanny dan Webstrict akan saya bincangkan pada artikel yang akan datang. Kepada yang belum mencuba Sabily, bolehlah mencuba pada versi Manarat. Disini saya kongsikan beberapa gambar Sabily Manarat yang telah saya pasang pada sistem saya.

Sabily Manarat telah selesai dipasang. Perisian Minbar dan Monajat akan berjalan secara automatik. Namun ia boleh dimodifikasikan kemudian.


Senarai perisian Islam yang terdapat didalam Sabily Manarat.


Beberapa tetapan yang boleh dimodifikasikan.


Perisian Nanny menggantikan Webstrict. Nanny dan Webstrict adalah perisian yang boleh mengawal akses dan menapis penggunaan internet. Ia dibangunkan khas untuk mengawal penggunaan internet anak-anak oleh ibubapa.


Beberapa wallpaper yang terdapat didalam Sabily Manarat. Sama seperti Ubuntu cuma terdapat satu untuk Sabily Manarat.


Pada artikel yang akan datang saya akan membincangkan bagaimana kita boleh memuat turun Sabily Manarat dan memasangnya kedalam sistem komputer kita.

Share