Kenapa Menggunakan Sabily


Satu topik yang patut saya tulis adalah kenapa kita perlu menggunakan sistem operasi Sabily. Bagi pengguna komputer yang dari asalnya telah didedahkan kepada penggunaan sistem operasi Window sudah tentu agak sukar untuk mereka berubah kepada sistem operasi yang lain seperti Sabily. Salah satu sebab adalah kerana mereka tidak mengetahui kelebihan yang terdapat didalam sistem operasi lain dan yang kedua mereka menganggap sistem operasi yang lain susah digunakan.
Tetapi bagi saya tidak. Terdapat lebih banyak keistimewaan yang terdapat didalam sistem operasi yang lain terutama Sabily. Sebelum ini saya juga adalah pengguna Window dan tidak sukar untuk saya berubah kepada sistem operasi Sabily kerana ianya boleh digunakan seakan Window. Namun ia tidaklah meniru Window kerana segala sistem failnya adalah berbeza dari Window.
Apakah perbezaan yang terdapat didalam Sabily yang tiada didalam Window. Salah satunya adalah perisian-perisian untuk kegunaan umat Islam seperti Zekr iaitu software untuk membaca, mendengar, menghayati dan mengkaji Al-Quran dengan kelengkapan bacaan dari Qari-qari terbaik dunia, maksud ayat didalam berbagai bahasa dan lain-lain lagi.
Disamping itu terdapat juga perisian Minbar iaitu jadual waktu sembahyang, Monajat iaitu bacaan doa yang akan keluar di skrin mengikut masa yang kita tetapkan dan berbagai lagi yang akan saya perincikan pada artikel yang akan datang.
Satu lagi perisian yang baik dan menarik bagi saya adalah Webstrict. Dengan perisian Webstrict, kita dapat mengawal akses internet di Sabily mengikut pengaturcaraan yang kita buat. Ini penting jika kita ingin mengawal akses internet anak-anak kita yang tidak dapat kita lihat sepanjang masa. Bukanlah bermaksud anak kita akan mengakses laman web yang tidak sihat, tetapi kebanyakan laman web yang tidak sihat akan menghantar spam ke komputer-komputer yang sedang online dilaman-laman web yang lain. Kemungkinan ia akan menghantar spam ke laman web yang diakses oleh anak kita. Oleh itu jika mengaktifkan Webstrict di Sabily, kita tidak perlu risau akan spam-spam ini.
Terakhir sekali dengan menggunakan Sabily berkemungkinan kita akan dapat mengurangkan penggunaan sistem operasi Window yang dicetak rompak yang kini kian berleluasa. Perbuatan cetak rompak dan menggunakannya adalah salah disisi undang-undang. Jadi dengan sistem operasi Sabily yang percuma (tidak perlukan lesen) kita dapat menggunakan komputer dengan tenang dan selamat. Mengikut kata seorang pengasas Sabily, menggunakan sistem operasi Window yang dicetak rompak tetap menunjukkan sokongan kepada Window kerana ia menunjukkan seolah-olah cuma ada sistem operasi Window sahaja didunia ini sedangkan terdapat banyak sistem operasi lain yang percuma seperti Sabily.

2 comments:

  1. setuju sekali sobat? dengan kita menggunakan linux, maka kita sudah memerdekakan diri dari yang namanya 'bajakan'. oya, maaf sebelumnya, saya blogger dari Indonesia. senang sekali dapat mengunjungi blog sobat dari Malaysia ini. kapan2 maen balik ya???

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum
    pertama sekali , terima kasih , web ni banyak memberi maklumat

    saya masih baru lagi dgn linux terutama sabily , alternative utk saya gunakan windows pirates
    soalan saya , boleh tak tolong bg maklumat download manager yang boleh saya guna ganti idm. ada tak ? yang boleh download video mcm kat youtube dan bukan youtube dan juga macam megavideo dan lain2.

    yang kedua , ada tak program backup kat linux ni utk total backup ? dn program utk organize partition ? acronis saya tak berkesan nak resize partition linx.

    huhu
    syukran , jazakumullah

    - ahmad

    ReplyDelete