Pernah saya bertanya kepada seorang rakan yang menggunakan Sabily samada dia mempunyai rakan-rakan yang lain untuk membantu dalam pembangunan Sabily di Malaysia. Jawapan yang diberikan adalah " mereka tidak berminat dan menyatakan Sabily adalah sama dengan Ubuntu, cuma diolah untuk dijadikan Sabily". Jawapan yang agak mengecewakan jika yang memberikan jawapan itu adalah orang Islam kerana mereka tidak faham kenapa dan apa tujuan Sabily itu dibangunkan.
Jika mereka faham tentang konsep sumber terbuka, pasti mereka akan menerima Sabily. Bukan Sabily sahaja yang menggunakan enjin Ubuntu, namun banyak lagi distro yang lain berasaskan Ubuntu dan ia diterima baik mengikut sebab ia dibangunkan. Boleh dikatakan setiap negeri akan dibangunkan distronya sendiri oleh mereka yang prihatin dan ia mendapat sambutan yang amat baik.
![]() |
Gambar Hiasan |
Menyokong pembangunan Sabily pada pendapat saya lebih kepada kerana mencintai Islam dan Sabily adalah satu hab yang sangat penting untuk Islam dizaman teknologi dan maklumat kini. Lihat sahaja penggunaan Windows. Dari kanak-kanak sehingga ke orang dewasa semua mengenalinya. Namun ada dikalangan pemprogram-pemprogram Islam yang prihatin dan menyedari bahawa penggunaannya adalah kosong dari segi agama. Tidak dinafikan terdapat juga perisian-perisian Islamik untuk Windows, tetapi bukankah lebih baik jika sistem operasi itu sendiri Islamik yang direka dengan mengambil kira keperluan kepada umat Islam agar tidak leka dan terpedaya oleh golongan tertentu untuk kepentingan mereka dari segi penggunaan komputer.
Tentang pengguna Ubuntu pula, memang Sabily itu diolah dari Ubuntu, namun seperti yang saya katakan tadi, semuanya kerana Islam. Adakah pengguna Ubuntu yang bukan beragama Islam akan menyokong pembangunan sistem operasi Islamik seperti Sabily atau sepatutnya pengguna Ubuntu yang beragama Islam sendiri yang patut menyokong pembangunan Sabily? Jika pengguna Ubuntu itu beragama Islam sudah pasti dia tidak mempunyai masalah untuk bertukar kepada Sabily kerana ianya sama dari segi fungsi.
Kepada pemprogram-pemprogram Islam seharusnya dia menggunakan kepakarannya untuk pembangunan agama Islam supaya mendapat keberkatan dari ilmu yang dimilikinya. Apakah ada cara lain lagi untuk kita didalam bidang komputer ini menyumbang kepada pembangunan Islam?
Share
terharu dan sedih.. nak wt mcmna.. tp xpe.. nampak gaya projek XSabily akn kuar satu siri je la.. lpas ni nk tumpu kepada original linux kernel atau pun debian.. senang br diorg xpertikai bahawa Sabily is Ubuntu.. Sabily akan jd OS Islamik yg bermutu dan berlainan sedikit dr Ubuntu... sesapa nak bantu sy utk bangunkan pengCODEan library Sabily?
ReplyDeleteSaya ingin memberikan pendapat dari kacamata end user seperti saya, tiada asas programming dan hanya lebih kepada pengguna.
ReplyDeleteSaya baru saja memasang Sabily dan saya sangat seronok menggunakannya. Ditambah lagi dengan aplikasi seperti Azan, Zekr dan lain-lainnya. Seharusnya Sabily ini mendapat sokongan dari komuniti khususnya orang-orang Islam sendiri kerana ianya dibangunkan dengan identiti Islam, walaupun berasaskan Ubuntu.
Saya tidak pasti apakah sumber terbuka ini mendapat sokongan kerajaan, sekiranya mendapat sokongan sekali pun, sejauh mana sokongan itu dibuktikan dan dilaksanakan. Sabily seharusnya juga mendapat perhatian dan sokongan sewajarnya dari agensi kerajaan sendiri yang membangunkan Islam seperti seperti Jabatan Perdana Menteri, JAKIM, Majlis Agama Islam tiap-tiap negeri dan agensi Persekutuan atau negeri yang berkaitan. Mereka mempunyai dana dan boleh membangunkan Sabily ini khusus untuk pengguna Islam di Malaysia.
Saya berpendapat tindakan dan langkah untuk mendapat sokongan pemerintah adalah wajar dengan menghantar surat kepada Menteri yang berkenaan. Sekiranya berhasil, pastinya Sabily akan lebih dikenali.
Tugas ini memerlukan kumpulan dan bukan tugas individu. Namun andainya mendapat dana dari kerajaan, NGO atau mana-mana dermawan, pastinya ramai pemprogram boleh dipanggil sepenuh masa untuk membangunkannya dengan kadar yang lebih pantas dan cepat.
Inilah pendapat saya dari kaca mata pengguna. Terima kasih.
boleh taip arab tak dalam os ni? nak buat keje jawi ke. font arab dia banyak tak?
ReplyDeleteTerus install Arab language pun boleh... bermakna guna interface dia arabic..
ReplyDeleteFont Arab paling banyak...
kalau dari Ubuntu nak ke Sabily macam mana?
ReplyDeletekena ikut versi yang sama, kemudian boleh tukar..
ReplyDeleteuntuk Sabily Manarat ada artikel, untuk Sabily Al-Quds, kena tunggu dulu...
salam,
ReplyDeletesaya sokong dengan pendapat meorbu.
sepatutnya rakyat malaysia majoritinya org islm patut didedahkan dengan sabily ini. ini kerana islam menggalakkan umat islam menuntut ilmu demi memajukan umat serta menyebarkan dakwah tentang kebenaran islam.
alhamdulillah, pada zaman sekarang ramai orang telah didedahkan dengan sabily. saya berharap agar generasi akan datang dedahkan dengan sabily dan sebagainya demi kewajipan agama Islam. insyaallah
InsyaAllah Azrief, dimasa akan datang mungkin Sabily akan berkembang, bila ramai yang tahu betapa pentingnya Sabily didalam era komputer ini. Buat masa ni, institusi agama pun masih belum respond lagi dengan kehadiran Sabily. Bersama-samalah kita berdoa agar Sabily berkembang untuk kebaikan dan masa depan Islam...
ReplyDeletebolehkah jikakalau saya menjadikan blog ini sebagai rujukan untuk blog saya dan org lain?
ReplyDeleteBoleh... semua ilmu dari Allah... kongsikan...
ReplyDeleteterima kasih meor bu. insyaalah
ReplyDelete