Virtual Machine, Wubi atau Dual Boot

     Masih ramai pengguna sistem operasi Windows yang agak keberatan dan risau untuk bertukar kepada sistem operasi terbuka seperti Sabily, Ubuntu dan lain-lain lagi. Walaupun begitu mereka agak teruja untuk mencubanya jika boleh tanpa membuang sistem operasi Windows yang mereka gunakan. Ini mungkin kerana mereka mendengar cerita tentang kelebihan sistem operasi terbuka ini melalui rakan-rakan, pembacaan dan iklan-iklan di Internet. Oleh itu, artikel ini akan membincangkan tentang penggunaan Sabily yang dipasang bersama-sama dengan sistem operasi Windows didalam satu komputer.
     Terdapat tiga pilihan untuk pengguna memasang Sabily ke komputer mereka tanpa membuang atau mengganggu sistem operasi Windows yang telah sedia ada. Tiga pilihan yang utama itu ialah, satu, menggunakan mesin maya seperti Virtualbox, Vmware dan sebagainya. Kedua dengan menggunakan Wubi yang tersedia bersama dengan fail pemasangan Sabily didalam DVD dan ketiga dengan menggunakan cara boot dua (dual boot) ataupun boot berbagai (multi boot).

1) Mesin maya.
      Mesin maya yang popular adalah Virtualbox dan ianya yang sering saya gunakan untuk menguji pemasangan sistem terbuka-sistem terbuka yang baru seperti Sabily, Ubuntu dan lain-lain. Penggunaan Virtualbox adalah lebih mudah dan selamat kerana ianya adalah sama seperti perisian yang lain dimana ia perlu dipasang kedalam sistem operasi Windows kemudian Sabily dijalankan didalamnya.

2) Wubi.
      Wubi bermaksud "Windows Ubuntu Installer". Dari namanya dapat dibayangkan ianya perisian untuk memasang Ubuntu/Sabily ke Windows. Namun ianya tidaklah seperti mesin maya kerana ia tetap mengasingkan pemasangan Sabily dari Windows kebahagian yang lain. Kita akan diminta memilih samada mahu masuk ke Windows atau Sabily. Jadi ianya adalah sama seperti boot dua (dual boot) cuma ianya boleh dinyah pasangkan dari sistem komputer melalui sistem operasi Windows.

3) Boot dua (Dual Boot).
      Boot dua adalah memasang Sabily disamping Windows didalam satu bahagian atau lebih. Kita akan diminta untuk memilih samada mahu masuk ke Sabily atau Windows. Pilihan utama yang diberikan adalah Sabily, berbeza dengan Wubi, pilihan utama adalah Windows. Boot dua tidak memberi pilihan untuk nyah pasang Sabily melalui Windows. Pilihan yang ada cuma memadam atau membuang bahagian yang dipasang Sabily. Sememangnya boot dua agak membahaya untuk pengguna komputer yang biasa. Jika hendak membuat boot dua haruslah mendapat bimbingan daripada pengguna yang berpengalaman.
     Artikel ini hanya membincangkan tentang pilihan yang ada untuk pengguna komputer yang ingin mencuba Sabily tanpa mengganggu sistem operasi yang sedia ada. Kita akan membincangkan dengan lebih terperinci tentang pilihan-pilihan itu dimasa yang akan datang.

Share

5 comments:

  1. sorry dude i cant understand this language is there any english version of this?

    ReplyDelete
  2. @ Anonymous, if you are using google chrome browser you will see the translate language option on the bar.

    ReplyDelete
  3. Thanks for your interested. I translated to English at this link http://linuxsabily.blogspot.com/2010/10/virtual-machine-wubi-or-dual-boot.html

    ReplyDelete
  4. bootscreen lawa (Nice bootscreen!)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah... Sabily Manarat 10.04..

    ReplyDelete