Majalah Edaran Sabily

     Sabily Promotion Team dari Malaysia mengambil inisiatif untuk meluaskan penggunaan sistem operasi Sabily dengan membuat keputusan untuk menerbitkan majalah "Edaran Sabily" yang akan menceritakan tentang Sabily dan beberapa isu lain yang berkaitan dengan sumber terbuka seperti Edaran Linux, perisian, memprogram, tip, soal jawab dan lain-lain lagi. Ianya akan diterbitkan dalam bahasa Malaysia dan kemungkinan akan dialih ke bahasa Inggeris untuk bacaan ahli komuniti Sabily yang lain. Majalah ini nanti boleh dimuat turun dari laman Sabily Malaysia. Versi cetakan juga akan dikeluarkan jika ada permintaan dari pembaca yang mana mereka tidak berpeluang untuk menggunakan Sabily.
     Oleh itu mereka sedang mencari sukarela-sukarela dari Malaysia untuk menjadi penulis dan pereka grafik untuk artikel-artikel di majalah "Edaran Sabily" itu nanti. Jadi kepada sesiapa yang berkebolehan dan berminat boleh menghantarkan permohonan ke edaransabily@gmail.com dengan memberitahu bidang yang diminati.
     Apa ditunggu lagi?

Ini adalah contoh muka depan majalah Edaran Sabily.

Tunggukan kehadirannya nanti..

Share

6 comments:

  1. Salam..
    Tahniah kpd pasukan Sabily Malaysia kerana berjaya mengeluarkan majalah Edaran Sabily. Walaupun saya pengguna baru Linux,saya akan cuba tlg mempromosikan sabily dan perisian sumber tebuka di Malaysia amnya dan komuniti tempat saya khususnya,InsyaAllah.
    Tahniah sekali lagi kpd pasukan Sabily Malaysia dan saudara Meorbu..

    -Ubuntu Newbie-

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, Insya'Allah majalah tu akan dikeluarkan juga tak lama lagi. Kami sedang mengusahakannya. Jika ingin menyumbangkan artikel atau joint penulis boleh email ke edaransabily@gmail.com.

    ReplyDelete
  3. semoga berjaya... masokis sokong usaha ni

    ReplyDelete
  4. Insy'Allah, kami sedang bekerja keras mengusahakannya. Harap ada yang sudi membantu untuk versi cetakan nanti. "Edaran Sabily - Membuka Sumber Yang Masih Kabur".

    ReplyDelete
  5. Semoga Majalah ini akan menjadi titik tolak kepada keberjayaan sumber terbuka di Malaysia

    ReplyDelete
  6. InsyaAllah, kami perlukan ramai sukarelawan untuk menyumbangkan artikel...

    ReplyDelete